YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Friday, August 23, 2013

Friday, August 23, 2013



Teka Teki Imam Al-Ghazali Kepada Anak Muridnya| Assalamualaikum ,Salam Jumaat dan Salam Syawal..
Hari ini YS nak kongsikan satu kisah yang boleh dijadikan tauladan serta peringatan kepada diri kita dan juga semua saudara sesama Islam kita..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

Soalan Pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati .

Firman Allah:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang


Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu beliau meneruskan lagi dengan soalan yang ketiga.

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179).
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam  neraka Jahanam . 
 Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

Allah berfirman :

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah


Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun


Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.


Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



0 comments:

Post a Comment

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥