Manusia Yang Berakal | "Manusia yang berakal adalah manusia yang suka meminta dan menerima nasihat.." kata Saidina Umar bin Al-Khatab.
Orang yang suka mendengar dan menerima nasihat adalah orang-orang yang akan memiliki sebuah kejayaan dalam hidupnya.. Mereka sentiasa memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri mereka untuk menjadi lebih baik di masa hadapan..Orang yang selalu berusaha dan tidak berputus asa akan sentiasa menerima ujian dari Allah..Akan tetapi mereka tidak pernah mengalah dan melatah waima ditimpa musibah kerana mereka yakin setiap sesuatu yang berlaku itu tersembunyi seribu hikmah.
Allah akan menguji hambaNya dengan tahap ujian yang boleh dilalui oleh hambaNya.Dia tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang melangkaui batas.
Apabila ingin memberi nasihat kepada seseorang sampaikanlah nasihat itu secara berhemah dan penuh hikmah tanpa mengguris hati orang lain.
Di sini saya tekankan 6 nasihat Luqman Al-Hakim yang disebut dalam Surah Luqman (ayat 12-19)
1- Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah.
2 - Kita hendaklah berbakti kepada kedua ibu bapa kita semasa mereka hidup dan sesudah mereka meninggal dunia.
3 - Tidak mensyirikkan Allah..Sesungguhnya mensyirikkan Allah itu dosa besar.
4 - Kita hendaklah menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. (amar makruf nahi mungkar)
5 - KIta wajib menunaikan solat 5 waktu..
6 - Kita hendaklah sentiasa merendah diri dan tidak menjadi seorang yang riak..
> Renung-renungkan ,muhasabah diri, tanya hati dan selamat beramal <
thanks for sharing ;)
ReplyDeletesama2 kita menuju kepada kebaikan.. :)
ReplyDeletebetul sangat-sangat. saya setuju dengan entri ni :)
ReplyDelete