Never Ever Give Up! | Jangan sesekali berputus asa dengan kegagalan yang kita hadapi.. Bangkitlah untuk memperbaiki segala kesilapan itu demi memburu sebuah kejayaan.
Hidup ini ibarat roda ..Sesekali kita berada di atas, kemudian di bawah..Kadang-kadang tidak berubah..Kita masih di takuk yang sama..Berubah lah..Berusaha untuk mencapai impian yang diimpikan dalam kehidupan ini..Setiap insan memiliki impian mereka yang tersendiri bukan?
Jadi apabila kita jatuh jangan la menganggap bahawa tiada lagi sinar harapan untuk kita berjaya.Tetapi berfikirlah sejenak,muhasabah diri,bertafakur..Lihat dan semak semula di mana silap kita dan perbaiki ia ke arah yang lebih baik.
Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya yang berusaha dan meminta-minta dan Dia tidak menyukai hambaNya yang berputus asa.
Selalulah bersangka baik dengan setiap sesuatu ujian yang datang. Yakin lah bahawa janji Allah itu pasti. Tanamkan dalam diri supaya sentiasa berfikiran positif.
Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Setiap kekusutan dan kesulitan yang kita hadapi pasti diiringi kesenangan di masa hadapan.InsyaAllah.
"Mereka yang punya masa depan, punya harapan,
harapan adalah tiang yang menyangga dunia,
selama masih hidup, harapan selalu ada."
Nota YS: Don't give up! Never ever give up! Go! Go!
Chaiyok!
Do your best..Be the best..Among the best..Beat the rest..
Be yourself! Believe yourself! Your dreams will be comes true..InsyaAllah..Peace yaw! (^_^)v
betul tu.. fighting! ;)
ReplyDelete