YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Monday, December 31, 2012

Monday, December 31, 2012
3


Salam 1 Blogger dan selamat malam semua =)

Setelah sekian lama aku tak join segmen...
 Oleh itu,pada hari ini..kali ini...malam ini..saat ini...
Aku akan meng'join'kan diri dalam sebuah segmen moment 
yang di anjurkan oleh Misz Hahaha iaitu 
"SEGMEN : LOVE STORY MORY BY MISZ HAHAHA"
http://miszhahaha.blogspot.com/2012/12/segmen-love-story-mory-by-misz-hahaha.html
BANNER YANG ENSEM KATA TUAN BLOG..HEHE ^^


Untuk menyertai segmen ini anda boleh ke sini...
"korang kene citer pasal kisah cinta korang dengan pasangan korang ,kisah cinta lepas kawen pun boleh ,kisah cinta dengan ex pun boleh.." ~ Misz Hahaha
Kisah cinta ea Misa Haha..hehehe..Sebenarnya,aku tatau nak mulakan macam
mana kisah nie..kuikui..maklum la dah lepas pun kisah carca marba bercintan cintun nie..
Disebabkan nak hilangkan kebosanan malam nie punya pasal,
aku pun sertai lah segmen nie..Okey,let's start the journey !

###########################################################

Pada awal perkenalan kami hanyalah sekadar kawan biasa..just happening and jadi gila-gila macam dengan kawan-kawan yang lain..sesuka hati kami je nak panggil apa.Maklum la aku nie suka mengusik orang..Bila datang mood nakal aku semua orang aku nak kenakan..haha..Dekat sebulan berkenalan,dia sentiasa ada dengan aku sama macam abang aku..masa aku sedih,gembira..kira setiap masa lah dia ada..abang aku lain la dah dia abang kan..mesti la jaga adik dia sebaiknya..Pada suatu hari,aku ditinggalkan oleh seseorang dia dan abang aku banyak bagi sokongan..Dah la masa tu aku tengah final exam..huhu..aku malas nak cerita semua..hehe..peace (^_^)
Sebab nie nak cerita tentang aku dan si dia..

Pada 27 Mac 2012.Detik itu kami confess perasaan antara satu sama lain.
Dia telefon aku cakap dia suka aku..dalam masa yang sama tanpa aku sedari aku sudah mulai jatuh cinta dengan sikap dan dirinya.

Aku ingat lagi pada 1 April aku ada buat kejutan kat dia..Aku text dia kata aku jatuh dan mengalami luka yang dalam.Sebenarnya aku sengaja buat begitu sebab aku nak buat April fool kat dia..haha (dan ini adalah April fool yang terakhir aku buat sebab setelah itu aku dapat tau umat Islam tak boleh buat April fool)
Apabila dapat tau aku jatuh dia risau sangat..dia kata nak datang jumpa aku kalau aku teruk sangat-sangat..jauh tu..masa tu aku menuntut di pantai timur dia pula di selatan ..
Aku kata kat dia " awak tak perlu datang ..saya okey..sebenarnya saya jatuh cinta kat awak..hahaha" . Dia nak marah aku tapi tak jadi sebab aku kata April fool..
senget tak aku?? suka sangat menyakat orang..ekeke

Sejak itu kami sama-sama berkongsi suka duka bersama..Kami berinteraksi seperti biasa seperti orang yang dah kenal bertahun lamanya..Sampai ada satu hari tu,
dia menangis sebabnya aku ada trip ke Indonesia. Macam-macam dia pesan kat aku..
Jaga diri baik-baik..Jangan lupakan dia lah dan macam-macam lagi..ish3..
Kadang-kadang aku rasa dia tu macam budak-budak pun ada.Mungkin dia risau sangat
kot..huhu..Nama pun orang yang disayangi kan.



Suatu hari tu kami bergaduh sampai nak putuskan hubungan dah..Tapi dapat diselamatkan setelah keadaan
kembali reda.Kami mengakui salah masing-masing.Selepas kejadian itu,hubungan kami kembali normal.

Hubungan yang telah terjalin selama 7 bulan 7 hari itu akhirnya ranap musnah dengan sekelip mata.
Tanpa aku ketahui sebab dia..Katanya,aku dah gagal dalam ujian dia.Apabila aku telefon dia tanya apa ujian tu.
Is berikan macam-macam alasan..Pertanyaan aku tak dilayan.Aku tak tahu apa salah aku.
Sebelum perpisahan ini terjadi aku pernah kata kat dia
" Kita jadi la macam dulu macam kawan-kawan
lain..lagi best". Aku juga pernah kata
"awak lepaskan lah saya kalau awak anggap saya nie
beban dalam hidup awak". Kata-kata itu hanya untuk menguji sejauh mana dia menerima aku seadanya.Dia
kata dia tak nak sebab dia sangat sayangkan aku.Tapi
panas yang disangkakan sampai ke petang, tiba-tiba hujan
di tengahari. Kami berpisah juga akhirnya.

Sampaikan kawan dia tanya "Aleesya dengan Iskandar
okey tak nie?"
Nape Is buat status macam orang putus cinta jew.Aleesya keruan..
tak tahu nak jawab apa.
Aku hanya menangis.Dah dua kali aku rasa macam ni..Perasaan ditinggalkan oleh orang yang aku sayang.
Masih segar di ingatan kata-kata yang diucapkan oleh Is
"Aleesya,awak lupakan lah saya"
Akhirnya,aku cuba untuk lupakan dia.Hari demi hari,bulan berganti bulan..aku redha dengan ketentuan ni.
Aku menguatkan semangatku dengan berkata "sebelum dia ada aku boleh hidup,sekarang dia dah tiada dalam hidup aku
mesti aku boleh hidup tanpanya juga". Setelah kejadian itu,
aku belajar untuk melepaskan dia dari hidup aku.







Kami bercinta dengan keadaan jarak jauh.Mungkin sebab itu susah untuk dipertahankan.
Apapun semua nie dah jadi sejarah dan tinggal kenangan.





Mulai hari itu,aku berjanji pada diri aku bahawa aku tidak akan menerima sebarang
perasaan cinta melainkan cinta dari Ilahi..Aku berdoa agar Allah temukan aku  dapat bertemu dengan pemilik tulang rusuk aku yang sebenarnya apabila sudah tiba masanya nanti.



~TAMAT SUDA KISAH INI~

############################################################

p/s : okey,dah2..cerita dah habis.jangan nangis..kalau ada yang nangis
tu amek tisu lap air mata tu..
Jangan menangis kerana lelaki dan orang yang tak menghargai kita okey..
Kita tak rugi apa-apa kalau ditinggalkan.Mereka yang rugi sebab tinggalkan kita..heheh.



Ingat,jangan rasa diri kita bersendirian,
sebab Allah sentiasa ada bersama kita dalam semua situasi,
Dia tak pernah tinggalkan kita.. =)


SMILE ALWAYS (^_^)v


"KEJARLAH CINTA ALLAH DARIPADA KEJAR CINTA MANUSIA.
CINTA YANG SEJATI SUSAH DITEMUI..KITA KENA TEMPUHI PELBAGAI
CABARAN SEBELUM MENEMUI CINTA ITU..
CINTA ITU MILIK ALLAH..JADI SERAHKAN SEPENUH CINTA KITA KEPADA
ALLAH..INSYAALLAH BAHAGIA MILIK KITA."

3 comments:

  1. awk dah buat eh,eeeee malunya kenapa ain xperasan nih arghhhhhh....btw thanks,nape xpaste link kat blog ain lepas buat entry ni.nakal betul la :P..kisah cinta awk ni mcm2 rasa ada masa 1st bca mang kelakar gila pastu sedeh sedeh n sedehhhhh ,bertakung air mata ni tau..*lap air mata..hope awk tabah yeah ,mungkin Allah nk pertemukan awk dgn org yg lebih menghargai awk huhu..

    ReplyDelete
  2. erm saba ye yana

    nme yana aleesya ke ape

    akak konpius

    ReplyDelete
  3. memang sedey bila ditinggal orang yg kita syg...hurmm...touching~
    Za join gak segmen nie..boleh la berkunjung kat blog Za lau sudi.. http://meetmissza.blogspot.com/2013/01/segmen-love-story-mory-by-misz-hahaha.html
    [Za da follow blog Yana, ley follow balik lau nak...lau xnak pown xpe, xde paksaan]
    Wish u happy Always... :)

    ReplyDelete

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥