YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Monday, December 31, 2012

Monday, December 31, 2012
3


Assalamualaikum..
Salam 1 Blogger..Sekarang ni mood aku nak kongsikan kisah cinta jew..hehe..
Korang nak tau tak cerita nie?? Meh aku ceritakan. Tak kisah la korang nak kew tak nak...aku tetap nak story mory jgak...hahaha...kali nie aku nak hidangkan kepada korang semua tentang sebuah kisah cinta yang betolterjadi di alam realiti nih....Okey lah, tanpa berlengah lagi mari kita selami
jiwa mereka..Cinta yang suci.Mereka dipisahkan dengan ketentuan takdir.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Zaril dan Isya berkenalan sejak dari sekolah menengah lagi..sejak mereka form 1 lagi...tapi dorg dapat mengecapi kebahagiaan selama 2 tahun lebih jew..sebab cinta dorg berakhir dengan sebuah kejadian tragis..cinta Zaril dan Isya diragut dengan sekelip mata...sebab ape?? Ketika mereka menyulam kasih, Zaril mendapat khabar berita yg Isya menghidap kanser...Sejak itu,Zaril sentiasa ada bersama Isya untuk mengembalikan semula semangat dan senyuman Isya ketika menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang tidak tahu sampai bila...Sejak perkenalan mereka dulu, Zaril dan Isya mula menjinakkan diri dorg dalam bidang muzik iaitu dengan bermain gitar..Kadang-kadang mereka jamming bersama-sama di studio ketika waktu senggang..best kan dorg..mempunyai minat yang sama..huhu..
Sampai suatu ketika..Isya berada pada tahap yang kronik..tetapi dia masih lagi mampu memberikan senyuman yang manis kepada semua orang walaupun ketika itu Isya terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat..hanya Allah jew yang taw betapa menderitanya Isya ketika itu..kesian Isya...tetapi Allah lebih sayangkan Isya...semasa Isya form 3 dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di bumi yang fana ini...mungkin itu adalah yang terbaik buat Isya...setiap kejadian yang berlaku telah pun tertulis dan pasti ada hikmah disebalik semua nie kan...seminggu sebelum Isya menghadap Ilahi dia telah menyanyikan sebuah lagu kepada Zaril..lagu itu adalah lagu terakhir yang Zaril dengar dari pengarang jantung hatinya..lagu Sayangku dimelodikan oleh Isya untuk Zaril.Semasa di bangku sekolah ramai kawan-kawan Zaril dan Isya mengadu pasal masalah cinta dorg dan kekecewaan yang dorg alami kepada Zaril dan Isya..Oleh itu,mereka berdua mencipta lagu cinta untuk member-member dorg..sweet sangat masa tue..Now,semuanya da jadi kenangan kepada Zaril..hari berganti hari,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun...tup2 da 10 tahun rupanyer Isya sudah tiada di sisi Zaril...Zaril selalu rasa macam baru semalam dia bertemu dengan kekasih hatinya, Isya..tapi semua itu hanya ilusinya semata-mata kerana terlalu merindui Isya...dia sentiasa memanjatkan doa kepada yang Maha Esa supaya roh Isya aman dan tenang di sana...aku doakan semoga Isya ditempatkan bersama insan-insan yang beriman dan solehah...
Kalau korang nak tau sampai saat ini Zaril masih lagi mencintai Isya...hanya Isya yang bertakhta di hatinya..tiada orang lain...Zaril telah merelakan pemergian Isya dengan hati yang ikhlas dan redha..tetapi ketika dia merindui Isya aku tataw apa yg harus aku bantu..aku hanya mampu memberikan kata-kata semangat untuk Zaril meneruskan hidup ini..aku suruh dia sedekahkan surah Yaasin kepada arwah Isya supaya hatinya kembali tenang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



p/s : Kadangkala kita kena belajar untuk melepaskan seseorang yang kita
sayang dengan rela hati. =')

3 comments:

  1. sedeh nye citer nih ,nape awk xciter dlm segmen sy hehe..dlm segmen sy bole je citer kisah cinta sesape yg pasti kisah cinte huhu...setia nya zaril tu ..bertakung air mata masa baca tadi ...

    ReplyDelete
  2. Sedih jugak. Tapi tiada guna nak kenangkan yang telah tiada. Walau betapa cintanya kita pada yang telah tiada,, hidup harus diteruskan. Tuhan telah tetapkan jodoh masing-masing. Mungkin sahaja jodoh Zafril dan Isya tu hanya setakat itu sahaja. =)

    ReplyDelete

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥