YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Friday, July 29, 2011

Friday, July 29, 2011
2
Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat.. 
Di pagi yang indah ini saya ingin mencoretkan sebuah tinta tentang silaturahim..
Silaturahim yang telah terjalin sudah ditentukan oleh Allah..

Selepas itu kita ditemukan serta mengenali satu sama lain..
Semua ini berlaku kerana kehendakNya..
Jadi peliharalah ikatan ukhwah yang telah terjalin antara kita dengan sahabat,kawan dan keluarga..
Sayangilah mereka kerana Allah..

Di sini saya nak kongsikan apa yang saya dapat dari tazkirah pagi yang disampaikan oleh ustaz tadi..

Memutuskan silaturahim adalah salah satu daripada dosa besar..
Apabila mendengar ustaz cakap macam tue saya tersentap seketika..
Saya rasa sedih sangat dan teringat perkara semalam kerana hubungan saya bersama kawan baek saya hampir musnah..tapi saya akan berusaha menyelamatkan ikatan persahabatan ini...Saya sangat sayangkan setiap ikatan persahabatan yang telah terjalin antara saya dan kawan-kawan... =)
Oleh itu, janganlah sesekali kita memutuskan dan memusnahkan ukhwah yang telah terjalin..

Marilah kita sama-sama bertaubat..dengan mengucapkan Astagfirullah halazim...


Sahabatku,ketahuilah aku amat menyayangimu..tetapi ia tidak akan dapat menandingi sayangku kepada Sang Kekasih...

Ukhwah Fillah Abadan Abada..InsyaAllah..

Nota Pena : Sahabat ibarat mentari yang menyinar.. Maaf itu lebih lazat daripada membalas dendam..

2 comments:

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥