YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Tuesday, July 26, 2011

Tuesday, July 26, 2011
1
Assalamualaikum dan salam 1 blogger semua...Hoi..hoi...hoi..wassup..wassup..babe!! (=
Yana nie action jea lebey...hehe...tajuk dalam bahasa inggeris tapi entri nie tetap dalam bahasa melayu ...Utamakan bahasa kebangsaan kita.. ^^
Entri yang Yana nak belanja korang kali nie tentang insan yang bernama lelaki..sebab inti pati dalam nie berkaitan n merujuk kepada boys... ia lebih kepada motivasi kepada orang yang putus cinta...

Selalunya apabila seseorang lelaki tuh putus cinta dorang mesti frust giler kan??kan??sampai ade yang tak bole terima hakikat yang dorang da putus cinta...
Berdasarkan fenomena yang terjadi sekarang kita dapat lihat sesetangah lelaki merasakan seolah-olah hidup mereka sudah berakhir apabila putus cinta. Kehilangan benar-benar membuatkan mereka tidak kuat menghadapinya. Kat sini Yana nak menerbitkan persoalan berkaitan perkara nie kepada kaum Adam...Bayangkan kamu sudah menemui wanita idaman yang sangat sempurna tapi tiba-tiba hubungan yang telah terjalin berakhir. Kalau ini yang kamu hadapi apa yang perlu  dilakukan??

Muhasabah diri....

3 perkara yang perlu di ambil kira dalam menangani situasi ini ialah :


1  1) JUJUR PADA DIRI SENDIRI

# Jujurlah pada diri sendiri. Tanyalah diri kamu adakah kamu perlu menangis kerana orang laen?? Adakah kamu perlu menderita kerana orang laen?? Pasti kamu dapat menjawabnya kalau kamu jujur kepada diri sendiri. Dia mungkin bahagia dengan orang laen dan adakah kamu patut menderita kerananya??
Sebaiknya, bangkitlah demi masa depan kamu sendiri. Pandang ke hadapan bahawa masa depan anda masih lagi jauh dan banyak lagi yang harus anda kejar dan pelajari dari kehidupan. Jangan kerana seorang wanita , hidup anda menderita. Bangkitlah dari semua kesulitan dan kesukaran.


2)    2)MARAH

# Percayalah, bila anda melalui semua ini, ada satu perasaan yang tinggal dan bersarang dalam diri anda iaitu marah. Kamu tentu marah kepadanya kerana meninggalkan kamu! Kamu juga tentu marah kepada diri sendiri kerana gagal memikat hatinya!

Dari Abu Hurairah r.a ,bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W. “Berilah wasiat kepada aku” . Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapa kali. Sabda Nabi : “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari. Maksud “janganlah marah” dalam hadis ini adalah tidak menurut kepada nafsu kemarahan.

Ini kerana kemarahan adalah satu-satunay dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan. Sabda Nabi pada hadis lain : “ Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anjak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan : “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah oleh kamu maka hendaklah berwuduk”. Abu Zhar al-Ghifari berkata : Rasulullah pernah berkata kepada kami : “Apabila marah seorang kamu hendaklah berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah dia berbaring”.

Cuba kamu lihat kesan disebalik kemarahan. Ia akan melenyapkan seluruh diri anda sebagai insan yang dahulunya mungkin punya jati diri. Justeru itu, jangan kerana seorang wanita , anda kehilangan jati diri.

3)    3)JANGAN TERLALU STRES

# Hidup penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia wajah suram, kelam dan serbu berjerebu. Hidup tidak bermaya seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan. Tahukah anda, ada kes-kes putus cinta berakhir dengan kematian. Ini kerana , ada lelaki tidak dapat menerima hakikat bahawa cinta mereka terputus di tengah jalan. Ada juga yang mengalami kemurungan teruk sehingga timbulnya masalah halusinasi yang mana mereka mendengar suara-suara ghaib.

Sebaiknya, jangan terlalu stres kerana putus cinta bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan. Ingat Allah Yang Maha Pencipta kerana setiap apa yang terjadi , ada hikmahnya. Anda perlu menjaga emosi dan fizikal serta jangan beranggapan putus cinta adalah penamat segala- galanya. Yakinlah anda akan menemui orang yang sesuai dengan diri anda. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya melainkan membuatkan diri sengsara.


SuRaT cInTA : DUHAI KAUM ADAM JANGAN HILANG JATI DIRI KERANA PUTUS CINTA. KERANA ADA INSAN YANG LEBIH BAIK MENUNGGU ANDA. INGATLAH SETIAP SESUATU KEJADIAN ITU PASTI ADA HIKMAHNYA...

...KREDIT  TO MAJALAH WANITA UNTUK ISI 1,2,3... (=








boys n girls,don't kill your life n your self bcoz of love !!!

1 comments:

  1. kan kan..lelaki mmg selalu..
    kalau syg dah..mmg syg gile lahh..
    hahahahahahahaha..
    entah lahh selalu pempuan..
    lelaki ni..klo putus cinta mcm relek je..bab bunga ramai lagi kot.hak3

    ReplyDelete

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥