Kisah Pemadam Dan Pensil | Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger buat semua pembaca blog YanaSakura.My. Hari ni YS nak kongsikan sebuah kisah teladan yang boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.. Jom baca Kisah Pemadam Dan Pensil..
Alkisah tersebut la sebuah kisah mengenai pemadam dan pensil...
Pensil : “Maafkan aku pemadam…”
Pemadam : “Maaf untuk apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”
Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu. Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu,, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil…

Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun sedikit pun aku tidak kisah. Aku sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini. Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun aku tahu, suatu hari nanti , aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru, namun aku bahagia dan gembira dengan perananku ini. Kamu jangan risau kerana aku tidak suka melihat dirimu bersedih. Aku berharap kau akan terus berjuang dan tidak melupakan diriku ini”

Pensil diibaratkan seperti kamu yang melakukan kesilapan, manakala pemadam pula diibaratkan seperti ibubapa yang sentiasa ada untukmu. Kesilapan adalah sebuah langkah untukmu melakukan pembaharuan, dan ibu bapa adalah individu yang akan sentiasa ada, memberi dorongan dan nasihat setiap kali kamu melakukan kesilapan. Hargailah mereka selagi masih ada masa.
-YanaSakura.My-
-120315-2130PM-
deep!!
ReplyDelete:(
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.