YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Sunday, August 25, 2013

Sunday, August 25, 2013

Peminjam PTPTN Tidak Disenarai Hitam Dibawah CCRIS | Berita baik kepada peminjam-peminjam PTPTN setelah Khairy Jamaluddin mewakili belia dan anak muda bersuara berkenaan Isu ini. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari Sinar Harian
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat CCRIS.
Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.
“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.
“Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.
ptptn ccris PTPTN Tidak Teruskan CCRIS   KJ
“Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda,” tulisnya.
Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.
Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh .
P/S : Walaupun peminjam tidak disenaraikan dibawah CCRIS tapi jangan lupa lunaskan hutang dengan PTPTN ya. Adat orang berhutang..apabila meminjam kita perlulah pulangkan semula apa yang dipinjam itu mengikut perjanjian..Kalau tak nak bayar tak perlu la buat pinjaman ..Renungkan dan muhasabah diri...

0 comments:

Post a Comment

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥


:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.