YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Thursday, August 04, 2011

Thursday, August 04, 2011
4
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


4 comments:

  1. ya Allah..jadikanlah kami wanita2 yang solehah....anak2 yang dapat berbakti kepada keluarganya...sahabat yang mahu menenangkan sahabat2nya yg lain...isteri yang menjadi tulang belakang kepada suaminya..ibu yang penyayang kepada anak2nya...

    ReplyDelete
  2. Pergh!!!! Macam penyair plak Yana ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. @AnNa FaRHaNa
    InsyaAllah..aminn..semoga kita semua menjadi seorang insan n muslimah yang solehah ... (=

    ReplyDelete
  4. @AMMAR YASIR
    ekekee...penyair xbertauliah la Ammar..haha..maceh sudi komen.. (=

    ReplyDelete
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥