Do You Want To Be Cinderella or Khawlah Al-Azwar?
" Do you want to be Cinderella or Khawlah Al Azwar?? "
Once upon a time......
Cinderella ialah gadis yang kematian ibu kemudian ayahnya berkahwin dgn seorang janda beranak 2.. Cinderella ada sorang ibu tiri dan 2 adik beradik yg kejam.. Tapi nasibnya bertambah malang apabila ayahnya meninggal.. Dia diseksa lebih teruk..
Namun nasibnya berubah selepas dia pergi ke majlis tari menari dan tercicir kasut kacanya yg comel pemberian pari-pari selepas jam 12 malam.. Putera raja itu mencari pemilik kasut itu dan akhirnya hidup bahagia bersama Cinderalla..
Kisah Khawlah Al Azwar pula sedikit berbeza.. Dia bukan gadis biasa yang menunggu putera idaman datang melamar atau gadis yg dibantu pari-pari..Kelihatan kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau, wajahnya ditutupi terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.. Dia meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain..Dia adalah gadis yg menghunus pedang dimedan perang.. Gagah memacu kudanya ke tengah2 medan pentempuran sambil menghunus pedang.. Hebatkan??Khawlah Al-Azwar merupakan srikandi yg menjadi tonggak dalam perjuangan.. Kekuatan mental dan fizikalnya menunjukkan kehebatannya di medan perang.. Beliau tidak pernah berasa gentar biar musuh menyerang dan ada yg cuba menghalang..Semangat kepahlawanannya terus mengalir tanpa batasan..Susuk tubuh yg tinggi lampai dan tegap ini merupakan seorang yg pandai bermain pedang dan tombak sejak dari kecil lagi.. Kemahiran dan teknik bertempurnya diwarisi daripada ayahnya Al-Azwar..Lantas beliau menjadi seorang wanita yg mahir berkuda dan bermain pedang.. Keberanian yg terzahir dalam dirinya sungguh mengagumkan..Ketangkasannya menunggang kuda sukar untuk dipertikaikan kerana lagaknya menonjolkan kewibawaan..Malah kerana kehandalannya bertempur membuatkan beliau mahsyur dalam perjuangan sehingga namanya terlakar megah dalam sejarah Islam dan menjadi pemangkin semangat para Muslimin dan Muslimat.. Bahkan kehebatan yg dimiliki oleh Khaulah itu membuatkan Rasulullah SAW sendiri telah membenarkan beliau turut serta di dalam angkatan peperangan Muslimin bersama mujahidah yg lain..Antara peperangan yg menonjolkan kehebatan beliau adalah ketika adiknya Dhirar Al-Azwar dijadikan tawanan tentera Rom.. Perasaan kasih dan tanggungjawab yg mengalir di dalam hatinya mendorong Khaulah untuk turut serta di dalam operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya itu.. Kepimpinan dan kehebatan jiwa dan fizikal Khaulah jelas kelihatan ketika berlakunya satu penggempuran di sekitar Damascus, Syam.. Pada ketika itu, Khalid Al-Walid telah mengetuai siri peperangan tersebut..Kisah kehandalannya yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin itu.. Raafe bin Umaira panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjuban tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa pahlawan perang tersebut adalah Khaulah kerana dia menutup wajahnya.."Dia berlawan seperti Khalid, namun jelas dia bukan Khalid"
Kagum dengan pemandangan yang menkjubkan tersebut, pasukan muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pahlawan itu, kecuali mengetahuinya sebagai anak muda yang menunggang kuda..Dengan berselubung lengkap tanpa menunjukkan wajahnya, Khaulah telah bergerak ke medan tempur.. Beliau menjadi seorang pejuang misteri yg begitu handal dengan berbekalkan semangat jihad dan keyakinan yg tinggi terhadap Allah SWT.. Beliau langsung tidak memikirkan bahaya yg ada di hadapannya..Di saat tentera Rom menyerang tanpa henti sehingga menyebabkan tentera Muslimin semakin lemah dan keletihan untuk berlawan, Khaulah telah meluncur laju ke arah musuh, membawa semangat yg berkobar-kobar lalu bertempur dengan handal dan cermat untuk membantu tentera Muslimin..Pada ketika itu, Khaulah telah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.. Beliau telah membunuh dan mencederakan barisan tentera Rom tanpa memikirkan keselamatannya.. Pertempurannya itu telah membangkitkan semangat tentera Muslimin untuk terus berjuang, biarpun mereka tidak mengetahui bahawa susuk tubuh yg sedang bertempur itu milik seorang wanita..Pejuang misteri itu terus menimbulkan tanda tanya kepada pejuang Muslimin.. Ketangkasannya bertempur dengan pihak musuh begitu menakjubkan bagi Khalid Al-Walid dan tenteranya.. Melihat kesungguhan dan keberanian pejuang misteri itu, Khalid mengambil peluang untuk membakar semangat pejuang-pejuangnya,"Wahai tentera Islam, berjuanglah membantu pembela agama Allah ini, perkuatlah kedudukan orang yg bersendirian itu.."Lantas pejuang-pejuang Islam terus bangkit bersama-sama Khaulah untuk memerangi pihak musuh..Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya,"Wahai pejuang, tunjukkan wajah kamu!"Sepasang mata hitam menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentera Rom..Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusul dan berkata kepadanya."Wahai pejuang yang mulia, ketua telah memanggil dan kamu telah pergi darinya! Tunjukkanlah kepada kami wajah dan sebutkan nama kamu agar kamu dapat dihormat selayaknya.."Sang penunggang kuda itu kembali pergi seolah dengan sengaja merahsiakan identitinya.. Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti.. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya: "Kamu telah berbuat banyak perkara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman.. Siapakah kamu??" Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda tersebut, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis.."Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawab pertanyaan kamu, hanya kerana aku berasa malu, kerana kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah perempuan biasa.. Tiada lain yang mendorong aku untuk melakukan hal seperti itu melainkan kerana hati aku terbakar dan aku sangat sedih.."Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yg telah mengejutkan tentera Muslimin, lebih-lebih lagi Khalid Al-Walid sendiri.. Mereka tidak menyangka bahawa ketangkasan dan kehebatan pejuang misteri itu datangnya daripada seorang wanita.. Khalid kagum dengan Al-Azwar yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani baik lelaki mahupun perempuan..Itulah Khawalah Al Azwar.. Serikandi Islam yang tidak gentar dimedan peperangan.. Keberanian dan kecekapan beliau bertempur membuat semua mujahidin yg lain terpegun dan kagum..
Our purpose of life is NOT just to get married.. It is one of the journey toward Allah but not the sole purpose of our existence, so our main purpose??
" Sesungguhnya aku hendak menjadikan seseorang KHALIFAH di muka bumi "
Al Baqarah:30
Thats our mission 👆!! To become a 'Caliph'.. To establish Islam itself and also saving people from the Hell Fire..Why wait for a prince charming when you can BE a prince charming?? Like Khaulah Al Azwar, she's the one who saves people not just waiting to be rescued..If youngster these days are too occupied with never-ending gf,bf and marriege stories, how are we gonna save people from Hell Fire??This is a distraction for our youth from doing a much bigger mission.. So girls ask yourself, are you a 'Cinderella' or a 'Khaulah Al Azwar'??
Deep .
ReplyDeleteNice sharing .huhu