60 Peratus Miliki Telefon Pintar Menjelang 2015| Mccann Erickson (Malaysia) Sdn Bhd menjangkakan kira-kira 60 peratus daripada rakyat Malaysia akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar menjelang 2015.
Pengarah Perancangan Jenama dan Inovasi Kumpulannya, Milan Agnihotri, berkata ia kenaikan 25 peratus daripada 35 peratus sekarang.
Beliau berkata, menerusi kajian Mobile Connected LivesMalaysian Truth yang dijalankan pihaknya, antara faktor yang mendorong kepada peningkatan pemilikan telefon pintar di negara ini adalah kerana harganya serta caj perkhidmatan semakin mampu dimiliki.
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi di negara ini saling bersaing dalam menyediakan pelan data pada harga kompetitif.
Inisiatif kerajaan
Selain itu, inisiatif dijalankan kerajaan seperti memberikan rebat bagi pembelian telefon pintar turut menarik minat lebih ramai pengguna memilikinya, katanya kepada BH di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Kajian itu dijalankan dalam kalangan pengguna di negara ini bagi memahami nilai, tingkah laku serta cara hidup mereka dalam dunia mudah alih yang merujuk kepada penggunaan telefon bimbit, tablet dan media sosial.
Katanya, gajet mudah alih kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup pengguna di negara ini dengan 40 peratus daripada pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit.
Rakyat Malaysia menduduki tangga ke-17 dalam senarai pengguna yang paling kerap mengunjungi laman web Facebook serta rangkaian sosial lain.
Selain itu, kajian sama turut mendapati, secara puratanya pengguna di negara ini meluangkan masa purata selama 6.4 jam seminggu hanya untuk melayari laman sosial, memuat turun video serta bermain permainan, katanya.
Tambahnya, pasaran telekomunikasi mudah alih di Malaysia juga disifatkan sebagai unik atas beberapa faktor.
Antaranya, keadaan pasaran secara strukturnya boleh disebut Oligopoly, iaitu tiga peserta utama iaitu Maxis, Celcom dan Digi menguasai 95 peratus daripada keseluruhan penguasaan pasaran, katanya.
hebak malaysia...hebak!
ReplyDelete