YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Sunday, February 03, 2013

Sunday, February 03, 2013
5


“Oh, dia membuat hatiku terpaut dengan kesunggahannya.” Dia yang dimaksudkan adalah seorang jejaka yang berjaya mencuri hati Nurin Iman. Akhirnya, Zarul Izzraf dapat menundukkan ego yang dimiliki oleh Iman untuk ke sekian kalinya. Sudah hampir 5 bulan dia mencuba dan mendekati gadis yang lincah,bijak,comel dan keras hati itu. Pelbagai cara yang dilakukan  untuk mengambil hati insan yang membuat dirinya tidak tentu arah. Dia bertekad walau macam mana sekalipun Nurin Iman ingin dimilikinya kerana gadis itu mempunyai keunikannya tersendiri dan lain dari gadis yang pernah dijumpainya. Sikap Iman yang gila-gila dan happy go lucky itu lah yang mencuit hatinya.

         ######################################

Semakin hari perhubungan mereka menjadi semakin rapat. Di mana ada Iman di situ lah ada Iz. Mereka digelar pasangan sejoli,sama cantik sama padan sama kacak dan yang sewaktu dengannya. Sampaikan ada orang yang mengusik mereka ‘bila la dapat makan nasi minyak korang ni.’ Iman dan Iz hanya tersenyum sendiri tatkala mendengar usikan nakal itu. Masih segar lagi di ingatan Iman akan suatu peristiwa di taman rekreasi. Ketika itu, Iz melamarnya. “Iman,sudikah awak menjadi suri di hati saya?”. Kali ini Iman nampak kesungguhan yang dipamerkan oleh Iz. Dia dapat melihat keikhlasan lelaki itu melalui matanya. Bukan sekali tapi dah banyak kali Iz melamarnya. Tapi Iman hanya menganggap Iz sebagai seorang teman dan tidak lebih dari itu. Akan tetapi apabila melihat Iz yang bersungguh-sungguh itu hatinya terpaut dan dia bersedia menerima cinta dari insan yang bernama Zarul Izzraf Bin Zaril Affendi.


Selama mereka menyulam kasih banyak perubahan yang positif berlaku kepada mereka. Prestasi pelajaran mereka semakin meningkat dan cemerlang serta mendapat pujian dari pensyarah yang mengajar mereka. Sepanjang perhubungan ini, Iz dan Iman banyak menghabiskan masa bersama. Siap ada lagu yang didedikasikan oleh Iz untuk Iman. Lagu disaat aku mencintaimu menjadi saksi ikatan cinta mereka yang semakin mekar seperti bunga-bunga di taman yang indah. Untungnya kerana mereka tidak mengongkong satu sama lain. Iz merupakan lelaki pertama yang singgah dan menginap di sudut hati Iman. Iman meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Iz. Iman adalah seorang gadis yang setia.Dia tidak pernah mengkhianati Iz , apatah lagi membelakangkan Iz. Selepas ibu bapa dan family Iman, Iz adalah orang yang penting dalam hidupnya.

###################################

Namun disangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. Sekali air bah semuanya berubah. Ketika itu, Iman sedang melayari laman sesawang muka buku (facebook)nya untuk menghilangkan tekanan mengulangkaji pelajaran. Baru beberapa jam yang lepas dia mendapat mesej dari Iz . “ I miss you sayang”. Apabila teringatkan Iz , aku terus ke timeline Iz. Tatkala itu, aku nampak gambar seorang gadis yang baru di upload oleh Iz beberapa minit yang lalu. Gambar itu menarik perhatian aku. Aku tergerak hati untuk membaca komen gambar tersebut kerana gambar itu dihujani lebih kurang 58 komen dalam masa yang singkat. Mula-mula aku baca komen itu,aku merasa pelik,kemudian apabila tiba di pertengahan aku masih lagi bersabar dan bertahan. Aku baca semua komen tersebut dengan hati yang curiga, sedih dan pedih sekali. Tetapi aku tidak pula menyerang disitu. Iman seorang gadis yang tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan. Dia akan menyiasat dahulu kesahihan sesuatu perkara yang diraguinya tak kira dalam apa jua aspek sekali pun. Iman seorang yang teliti dalam membuat sesuatu perkara.


Iman mencapai telefon bimbit yang terletak diatas meja study dan memulakan penyiasatan terhadap Iz dan gambar yang dilihat tadi. Ternyata semuanya benar belaka. Akhirnya, Iz mengakui apa yang dilihat olehku sebentar tadi. Dia minta maaf sebab melukakan hati gadis yang disayanginya itu. Tetapi ketika itu Iman dalam keadaan bingung,terkejut dan speechless selepas mendengar pengakuan Iz.

“ Sampai hati awak buat saya macam ni. Apa salah saya Iz? Awak bagitahu saya. Kenapa awak buat saya macam ni? Apa yang buat awak jadi macam ni. Awak dah lupa pada janji kita dulu?” Apakah semua nie?? Bertubi-tubi persoalan yang diajukan oleh Iman terhadap Iz. Hatinya kesal dan sakit dengan perbuatan Iz terhadapnya. Iz sudah memusnahkan kepercayaan yang telah Iman berikan. Iman paling pantang sekali orang yang memusnahkan kepercayaan yang diberikan dan ia tidak akan mudah mempercayai orang yang sebegitu rupa. Janji Iz kepada Iman " kita akan setia hingga hujung nyawa tau". Tetapi semua tu dah musnah dalam sekelip mata. Janji hanya tinggal janji.


Seminggu Iman tak lalu makan dek kerana memikirkan apa yang telah terjadi disaat cinta yang sedang berputik untuk insan yang bernama Zarul Izzraf telah musnah dalam sekelip mata.




Puas dipujuk dan dinasihati oleh sahabatnya,Rasya. “Iman,kau jangan la macam ni,aku tak suka la tengok kau sedih.Tak comel la macam ni,dear.Iman..kalau kau senyum kan lagi comel..Auuucakk!! Haa..senyum pun dia. Macam tu la kawan aku.”

"Iman..kumbang bukan seekor..nanti mesti kau dapat yang lebih baik daripada Iz yang tak pandai hargai kau tu.Allah berfirman “ Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya”. Terngiang-ngiang pesanan Raysa di kuping telinga Nurin Iman."

Akhirnya Iman kembali kuat untuk meneruskan perjuangan hidupnya yang masih panjang itu. Di malam yang dingin dan sunyi itu Iman memanjatkan doa agar Allah menguatkan hatinya seperti seteguhnya karang di lautan.Dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa Allah itu sentiasa ada bersamanya. Arakian, sudah setahun berlalu peristiwa itu. Iman dapat menghadapi semua ujian itu dengan hati yang lapang dan redha. Iman sudah pun memaafkan Iz tapi kesannya tetap tinggal parut di hatinya.

3 TAHUN KEMUDIAN...

Ketika berjalan-jalan untuk menghilangkan kekusutan di kepala, Iz singgah di sebuah restoran yang suatu ketika dahulu memberikan kenangan indah kepadanya dan juga Nurin Iman. Restoran Damai Bayu namanya. Tiba-tiba Iz ternampak susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya iaitu Nurin Iman Binti Zulfan. Diamati susuk tubuh yang dirinduinya itu. Iz menyesal kerana melukakan hati Nurin Iman suatu ketika dahulu kerana kekasih hatinya yang baru itu mempermainkan kasih sayangnya sepertimana dia mensia-siakan kehadiran Iman dalam hidupnya. Mungkin ini adalah pembalasan untuknya. Iz redha dengan ketentuan itu. Iz nampak Iman ceria bersama seorang lelaki. Dia hanya memandang Iman dari jauh.Biarlah Iman bahagia bersama orang yang pandai menghargai dan menyayanginya. Doa Zarul Izzraf di dalam hati untuk Nurin Iman.Lelaki itu adalah Akif Fikri. Dia merupakan tunangan kepada Nurin Iman Binti Zulfan. 



*Tamat suda kisah cinta tak kesampaian..Sekian.


#Apabila melihat orang yang kita sayang bahagia,kita mesti rasa bahagia kan. Begitulah cinta.. Ia tidak semestinya memiliki.Tiada insan yang suci,tidak pernah mempunyai masa lampau.#


p/s :  Kak Pipa! Adik rasakan cerita adik nie paling tak best sekali..hahaha..maaf la sebab taktau nak karang macam mana..hehehe..Nie kira cinta tak kesampaian la kan..ehh. Btw, Kak Mimie, Along Nadh dan Akak Syah Ismail..kita dah siapkan kisah cinta tak kesampaian nie..harap sudi la baca cerita yang mengarut nie.maaf sebab cerita ni mungkin macam tergantung ke apa kan sebab ini adalah kisah tak sempurna..Alamak! terpanjang la pulak..miahaha..


5 comments:

  1. yana cite da oke da

    cume ade yana gune aku kejap iman...

    yana kalau nak jadi iman...stay je gne aku.. kalau nk cite sal gadis bernama iman tulisla iman je..

    itu je komen akk

    pasni ley baiki lg.. pastu dpt menulis hebat cm mereka2 di ats ehh

    ReplyDelete
  2. Sampai.. cuma tak termampu nak dimiliki.. Kalah dah mmg bukan jodoh kita, buatlah mcmana pun ttp bukan milik kita.. Nice story Yana :)

    ReplyDelete
  3. not bad..jalan cerita dah okey. Tapi ending dia macam lari dari tema?? Ekekek.

    #papepom.. still boleh diimprove. =D

    ReplyDelete
  4. okeh dah neh :) mash boleh dibaiki. yang penting ada minat dan nak buat sungguh!:)

    cinta tak memiliki. huhuhu

    ReplyDelete
  5. story dah ada.. tinggal taouch up bahasa dan persembahan aja.. Yana kena banyak membaca.. membaca ka jambatan ilmu hehe :)

    gud try yana :)

    cuba lagi tau.. jgn serik..

    ReplyDelete

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥