YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Thursday, January 24, 2013

Thursday, January 24, 2013
3



Salam 1 Blogger kepada semua pembaca budiman dan tersayang. Hari ini merupakan sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah iaitu hari untuk memperingati keputeraan rasul junjungan yang kita kasihi dan sayangi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. (= Sambutan kali ini bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kemajuan Ummah' ...Sama dengan tema Maal Hijrah (^_^)v

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan  selawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W dan mengamalkan sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh baginda kepada kita. =) Semoga kita adalah salah seorang umat yang akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak..mudah-mudahan..InsyaAllah.. (^_^)

Di sini, ingin saya kongsikan sedikit pesanan Rasulullah dalam khutbah terakhir baginda iaitu 
(rujuk gambar di bawah) :


*sampaikan lah walaupun sepotong ayat*

Saya ingin tinggalkan kalian dengan lirik dan video di bawah ini.
Marilah kita hayati bait-bait daripada lirik ini dan muhasabah diri dengan kata-kata dalam video yang saya paparkan di bawah.

Ya Rasulullah…

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu


~Detik terakhir Rasulullah sebelum kewafatan baginda.
 
#Part 1#



~Detik terakhir Rasulullah sebelum kewafatan baginda.

#Part 2#


p/s : 3 gologan yang tidak dapat melihat wajah Rasulullah S.A.W:

1.  Orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.
2. Orang yang meninggalkan Sunnahku  (Jalanku).
3. Orang yang tidak berselawat keatasku apabila disebut  akan namaku pada sisinya.
(Jauhar Mauhub ; m/s 305)


3 comments:

  1. suka entry yana nie.. Salam Maulidur Rasul yana dan semua umat Islam didunia.. Moga kita semua mendapat syafaat baginda Nabi SAW. aida pernah tengok video detik terakhir Nabi SAW menangis tengok.. huhu. Rasa rindu tu membuak2.. :)

    ReplyDelete

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥