YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Saturday, July 21, 2012

Saturday, July 21, 2012


Hari ini bersamaan hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat merupakan 1 Ramadhan ..
Aku rasa sungguh bertuah kerana masih di beri kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini bersama keluarga , sahabat handai dan rakan-rakan blogger tersayang.
Aku berharap agar Ramadhan kali ini menjadi penuh bermakna dalam hidupku..
Dan aku berharap agar aku dapat melaluinya dengan sempurna..InsyaAllah =)






Andai semua HARTA adalah RACUN ,
Maka ZAKAT lah PENAWARnya.
Jika seluruh UMUR adalah DOSA,
Maka TAQWA dan TAUBAT lah UBATnya.
Jika  seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHAN lah PEMUTIHnya.




~MOGA HIDUPMU BERSINAR DENGAN KEIMANAN
MATAMU BERSINAR DENGAN KETAQWAAN
HATIMU TERHIBUR DENGAN KALIMAH ALLAH
AKHLAKMU INDAH BAGAIKAN AL-QURAN..~


pssttt...psttt...nak pesan kat adik-adik nie..
puasa jangan tinggal tau..nanti xdapat raya..
jangan puasa yang yok pagi-pagi bukak periuk ye dik..
hehehe..



Ramadhan bulan ibadah 
bulan kerahmatan dan keampunan 
para malaikat merendahkan sayap 
untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa 
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu 
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya 
dikurnia bulan yang mulia 
beruntunglah bagi mereka yang 
mendapat keredhaan-Nya

Tiap satu pahala ibadah
70 ia digandakan 
10 akhir ramadhan 
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan 1000 bulan

(= InsyaAllah =)

Mulai sekarang marilah kita didik jiwa dan hati kita untuk memperbaiki diri menjadi seorang insan yang berakhlak mulia..teruskan usaha ini di bulan lain juga..bukan di bulan Ramadhan sahaja..semoga semua amalan kita mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah..InsyaAllah..

Nota kaki ## syaitan da tak de nie..pandai-pandai la kita kawal nafsu masing-masing..sekadar peringatan untuk diri sendiri juga.. =)

(^_^)v


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN =)
TERAWIH JANGAN TINGGAL TAU.. 


0 comments:

Post a Comment

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥