YanaSakura.My

YanaSakura.My

KBBA

KBBA
Monday, November 29, 2010

Monday, November 29, 2010
2
Assalamualaikum,kawan-kawan....
Disini aku ingin kongsikan sedikit kelebihan 'BERPAGI-PAGI' iaitu bagun awal pagi serta tidak tidur slps subuh..mak aku selalu berkata jgn tidur slps subuh nnt rezeki x masuk...
Semalam skli lagi aku dengar kata-kata seperti ini smsa mghadiri Seminar "Dari 0 Sampai Jutawan" yang disampaikan oleh mentor Peopleprenuer School iaitu Encik Jefri...
Katanya, berpagi-pagi ini penting dlm kehidupan kita terutama student sbb wktu pagi ilmu senang masuk...waktu tue adlh masa yg paling sesuai untuk student ulangkaji dan juga study...masa-masa cmni kan tenang dan aman je..so,kesimpulannya... kita patut la mengamalkan bangun awal pagi setiap hari untuk kecemerlangan & juga keberkatan dlm hidup kita yang akan datang... smga Allah sentiasa memberkati hidupku ,keluargaku dan sahabat-sahabatku di dunia & di akhirat...InsyaAllah... (^_^)
Mari kita muhasabahkan diri bersama-sama..Renungkanlah artikel kt bawah ni yg aku share dari blog 
"KU MENCARI DAMAI ABADI" oleh Firdaus bin Abd Rahman..

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana
 Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:
اللهم بارك لأمتي في بكورها
Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بينطلوع الفجر إلى طلوع الشمس '
Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:


باكروا الغدو -أي الصباحفي طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'
Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:
'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'
Dan dalam hadith:



 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' 


(Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].
Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb

2 comments:

  1. tq2 post ^_^ wee2 meh kite tambah2kn rezeki ^_^

    ReplyDelete
  2. wahh!!
    bagus2 post kali nie..
    insyallah kanakanak akan amalkan

    ReplyDelete

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥