Friday, October 16, 2015

Do You Want To Be Cinderella or Khawlah Al-Azwar?



" Do you want to be Cinderella or Khawlah Al Azwar?? "

Once upon a time......
Cinderella ialah gadis yang  kematian ibu kemudian ayahnya berkahwin dgn seorang janda beranak 2.. Cinderella ada sorang ibu tiri dan 2 adik beradik yg kejam.. Tapi nasibnya bertambah malang apabila ayahnya meninggal.. Dia diseksa lebih teruk..
Namun nasibnya berubah selepas dia pergi ke majlis tari menari dan tercicir kasut kacanya yg comel pemberian pari-pari selepas jam 12 malam.. Putera raja itu mencari pemilik kasut itu dan akhirnya hidup bahagia bersama Cinderalla..

Kisah Khawlah Al Azwar pula sedikit berbeza.. Dia bukan gadis biasa yang menunggu putera idaman datang melamar atau gadis yg dibantu pari-pari..Kelihatan kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau, wajahnya ditutupi terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.. Dia meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain..Dia adalah gadis yg menghunus pedang dimedan perang.. Gagah memacu kudanya ke tengah2 medan pentempuran sambil menghunus pedang.. Hebatkan??Khawlah Al-Azwar merupakan srikandi yg menjadi tonggak dalam perjuangan.. Kekuatan mental dan fizikalnya menunjukkan kehebatannya di medan perang.. Beliau tidak pernah berasa gentar biar musuh menyerang dan ada yg cuba menghalang..Semangat kepahlawanannya terus mengalir tanpa batasan..Susuk tubuh yg tinggi lampai dan tegap ini merupakan seorang yg pandai bermain pedang dan tombak sejak dari kecil lagi.. Kemahiran dan teknik bertempurnya diwarisi daripada ayahnya Al-Azwar..Lantas beliau menjadi seorang wanita yg mahir berkuda dan bermain pedang.. Keberanian yg terzahir dalam dirinya sungguh mengagumkan..Ketangkasannya menunggang kuda sukar untuk dipertikaikan kerana lagaknya menonjolkan kewibawaan..Malah kerana kehandalannya bertempur membuatkan beliau mahsyur dalam perjuangan sehingga namanya terlakar megah dalam sejarah Islam dan menjadi pemangkin semangat para Muslimin dan Muslimat.. Bahkan kehebatan yg dimiliki oleh Khaulah itu membuatkan Rasulullah SAW sendiri telah membenarkan beliau turut serta di dalam angkatan peperangan Muslimin bersama mujahidah yg lain..Antara peperangan yg menonjolkan kehebatan beliau adalah ketika adiknya Dhirar Al-Azwar dijadikan tawanan tentera Rom.. Perasaan kasih dan tanggungjawab yg mengalir di dalam hatinya mendorong Khaulah untuk turut serta di dalam operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya itu.. Kepimpinan dan kehebatan jiwa dan fizikal Khaulah jelas kelihatan ketika berlakunya satu penggempuran di sekitar Damascus, Syam.. Pada ketika itu, Khalid Al-Walid telah mengetuai siri peperangan tersebut..Kisah kehandalannya yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin itu.. Raafe bin Umaira panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjuban tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa pahlawan perang tersebut adalah Khaulah kerana dia menutup wajahnya.."Dia berlawan seperti Khalid, namun jelas dia bukan Khalid"
Kagum dengan pemandangan yang menkjubkan tersebut, pasukan muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pahlawan itu, kecuali mengetahuinya sebagai anak muda yang menunggang kuda..Dengan berselubung lengkap tanpa menunjukkan wajahnya, Khaulah telah bergerak ke medan tempur.. Beliau menjadi seorang pejuang misteri yg begitu handal dengan berbekalkan semangat jihad dan keyakinan yg tinggi terhadap Allah SWT.. Beliau langsung tidak memikirkan bahaya yg ada di hadapannya..Di saat tentera Rom menyerang tanpa henti sehingga menyebabkan tentera Muslimin semakin lemah dan keletihan untuk berlawan, Khaulah telah meluncur laju ke arah musuh, membawa semangat yg berkobar-kobar lalu bertempur dengan handal dan cermat untuk membantu tentera Muslimin..Pada ketika itu, Khaulah telah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.. Beliau telah membunuh dan mencederakan barisan tentera Rom tanpa memikirkan keselamatannya.. Pertempurannya itu telah membangkitkan semangat tentera Muslimin untuk terus berjuang, biarpun mereka tidak mengetahui bahawa susuk tubuh yg sedang bertempur itu milik seorang wanita..Pejuang misteri itu terus menimbulkan tanda tanya kepada pejuang Muslimin.. Ketangkasannya bertempur dengan pihak musuh begitu menakjubkan bagi Khalid Al-Walid dan tenteranya.. Melihat kesungguhan dan keberanian pejuang misteri itu, Khalid mengambil peluang untuk membakar semangat pejuang-pejuangnya,"Wahai tentera Islam, berjuanglah membantu pembela agama Allah ini, perkuatlah kedudukan orang yg bersendirian itu.."Lantas pejuang-pejuang Islam terus bangkit bersama-sama Khaulah untuk memerangi pihak musuh..Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya,"Wahai pejuang, tunjukkan wajah kamu!"Sepasang mata hitam menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentera Rom..Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusul dan berkata kepadanya."Wahai pejuang yang mulia, ketua telah memanggil dan kamu telah pergi darinya! Tunjukkanlah kepada kami wajah dan sebutkan nama kamu agar kamu dapat dihormat selayaknya.."Sang penunggang kuda itu kembali pergi seolah dengan sengaja merahsiakan identitinya.. Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti.. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya: "Kamu telah berbuat banyak perkara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman.. Siapakah kamu??" Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda tersebut, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis.."Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawab pertanyaan kamu, hanya kerana aku berasa malu, kerana kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah perempuan biasa.. Tiada lain yang mendorong aku untuk melakukan hal seperti itu melainkan kerana hati aku terbakar dan aku sangat sedih.."Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yg telah mengejutkan tentera Muslimin, lebih-lebih lagi Khalid Al-Walid sendiri.. Mereka tidak menyangka bahawa ketangkasan dan kehebatan pejuang misteri itu datangnya daripada seorang wanita.. Khalid kagum dengan Al-Azwar yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani baik lelaki mahupun perempuan..Itulah Khawalah Al Azwar.. Serikandi Islam yang tidak gentar dimedan peperangan.. Keberanian dan kecekapan beliau bertempur membuat semua mujahidin yg lain terpegun dan kagum..

Our purpose of life is NOT just to get married.. It is one of the journey toward Allah but not the sole purpose of our existence, so our main purpose??
" Sesungguhnya aku hendak menjadikan seseorang KHALIFAH di muka bumi "
Al Baqarah:30

Thats our mission 👆!! To become a 'Caliph'.. To establish Islam itself and also saving people from the Hell Fire..Why wait for a prince charming when you can BE a prince charming?? Like Khaulah Al Azwar, she's the one who saves people not just waiting to be rescued..If youngster these days are too occupied with never-ending gf,bf and marriege stories, how are we gonna save people from Hell Fire??This is a distraction for our youth from doing a much bigger mission.. So girls ask yourself, are you a 'Cinderella' or a 'Khaulah Al Azwar'??

Monday, May 18, 2015

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2015








Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2015 | Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger. Profram Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Nrgara (PIDN).


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2015 boleh dibuat secara dalam talian mulai 18 Mei 2015 jam 10.30 pagi hingga 25 Mei 2015. Sila klik (BORANG PERMOHONAN PIDN 2015) dibawah untuk mengisi permohonan.




Sunday, March 29, 2015

Peristiwa-Peristiwa Penting Mengenai Hari Ahad Hingga Sabtu



Peristiwa Penting Mengenai Hari Ahad Hingga Sabtu


Peristiwa-Peristiwa Penting Mengenai Hari Ahad Sampai Sabtu | Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger kepada semua pembaca blog YanaSakura.My.. Hari ni YS nak kongsikan artikel mengenai " Peristiwa-Peristiwa Penting Mengenai Hari Ahad Hingga Sabtu" ..Seperti yang kita tahu,hari Isnin diikatakan hari yang paling melemaukan terutamanya bagi rakyat Malaysia dan sering dikaitkan dengan Monday Blues. Namun, sedarkah kita bahawa pada hari Isnin banyak peristiwa-peristiwa menarik berlaku semasa zaman Nabi dahulu? Begitu juga dengan hari-hari lain. So dipagi Isnin ni Dr Fuh nak share peristiwa-peristiwa penting dari hari Ahad hinggalah hari Sabtu.
Peristiwa-Peristiwa Penting Hari Ahad Sampai Sabtu
Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Al;lah menjadikan lautan yang tujuh…
Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah…
1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”
Hari Selasa
1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..
Hari Rabu
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…
Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba’
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra
Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab.
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi MuhaMmad di Darun Nadwah.
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Wednesday, March 25, 2015

USAHA


" I never dreamed about success, I worked for it " - Estee Lauder success quote


USAHA |  Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger semua =) Hari ni YS nak kongsikan mengenai perkataan "USAHA" dengan para pembaca semua.. 
USAHA! Perkataan ini sudah sinonim dalam kehidupan kita, terutamanya pelajar dan orang yang bekerjaya . Secara amnya, semua individu perlu berusaha untuk mencapai cita-cita dan matlamat yang mereka ingin capai dalam sesuatu masa . Walaupun kita dah merancang, tetapi Allah sudah menentukan segalanya. Untuk mendapatkan sesuatu  yang kita impikan,kita perlulah berusaha.
Dah berusaha, tapi??... LETIHNYA USAHA?? Jom kita positifkan diri!!!
USAH DIRENUNG LETIHNYA USAHA!!!... tetapi... habiskan ayat itu... Sesungguhnya saya memerlukan makanan motivasi... Semoga anda juga turut terpias dengan aura positif ini untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam...

Usaha KUNCI Kejayaan, Malas KUNCI Kegagalan

Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Iaitu :
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.

Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar macam mana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
Down macam manapun  emosi kita, berusahalah untuk positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya kita semua dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.
Bila anda amalkan ketiga-tiga gabungan komitmen ini dalam apa juga kerjaya dan juga  bisnes yang dilakukan pasti akan memperoleh kejayaan..
Sesudah kita semua melakukan empat elemen ini , insyaAllah kita akan berjaya.
Akronim "DUIT" :-
 D (Doa) + U (Usaha) + I (Istiqamah) + T (Tawakkal) = KEJAYAAN


" Sesiapa yang berusaha, dia berjaya " - Man Jadda Wajada

Percayalahh.. Anda terpaksa kaya dan berjaya!!!!!! Tiada yang mustahil.
Mutiara Kata : Jangan mudah berputus asa pabila kita gagal .. Bangun dan cuba lagi untk mencapai sebuah kejayaan. Sebuah kejayaan tidak mudah dicapai ..Ia perlu melalui dugaan untuk mengecapi kejayaan tersebut.
"Gagal sekali, tidak bermakna kita gagal untuk selamanya"
"Yang pahit itu pengorbanan, yang manis itu kejayaan" - Untuk berjaya kita perlu berusaha dan melakukan pengorbanan. 
- Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa, selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha -

"Kejayaan itu terletak dari KEKUATAN kita untuk BERUSAHA menjadi yang terbaik. "

Saturday, March 14, 2015

MAKLUMAN PENAFIAN : Aplikasi "Portal Interaktif Pelajar JPA" di Google Play Store




MAKLUMAN PENAFIAN : Aplikasi "Portal Interaktif Pelajar JPA" di Google Play Store
MAKLUMAN PENAFIAN : Aplikasi "Portal Interaktif Pelajar JPA" di Google Play Store  | Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger buat semua pembaca blog YanaSakura.My.. Hari ni YS nak dedahkan MAKLUMAN PENAFIAN : Aplikasi "Portal Interaktif Pelajar JPA" di Google Play Store yang telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


e-SILA Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Satu aplikasi bernama "Portal Interaktif Pelajar JPA" dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab (Cyber X) ke Google Play Store dan ia telah dimuat turun oleh beberapa pengguna Smart Phone berasaskan sistem pengoperasian Android. Pihak JPA dengan ini memaklumkan dan mengesahkan bahawa pihak JPA tidak terlibat membangunkan aplikasi tersebut. Oleh itu, semua pengguna yang telah memuatturun (download) aplikasi tersebut dinasihatkan untuk segera menghapuskan (uninstall) aplikasi tersebut.



-YanaSakura.My-

Friday, March 13, 2015

Kisah Pemadam Dan Pensil



Kisah Pemadam Dan Pensil | Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger buat semua pembaca blog YanaSakura.My. Hari ni YS nak kongsikan sebuah kisah teladan yang boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.. Jom baca Kisah Pemadam Dan Pensil..


Alkisah tersebut la sebuah kisah mengenai pemadam dan pensil...


Pensil : “Maafkan aku pemadam…”


Pemadam : “Maaf untuk apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”



Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu. Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu,, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil…



Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun sedikit pun aku tidak kisah. Aku sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini. Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun aku tahu, suatu hari nanti , aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru, namun aku bahagia dan gembira dengan perananku ini. Kamu jangan risau kerana aku tidak suka melihat dirimu bersedih. Aku berharap kau akan terus berjuang  dan tidak melupakan diriku ini”




Pensil diibaratkan seperti kamu yang melakukan kesilapan, manakala pemadam pula diibaratkan seperti ibubapa yang sentiasa ada untukmu. Kesilapan adalah sebuah langkah untukmu melakukan pembaharuan, dan ibu bapa adalah individu yang akan sentiasa ada, memberi dorongan dan nasihat  setiap kali kamu melakukan kesilapan. Hargailah mereka selagi masih ada masa.

-YanaSakura.My-
-120315-2130PM-


Typography Friday : Malu Sebahagian Daripada Iman



Typography Friday : Malu Sebahagian Daripada Iman




"Typo itu seni".. kata seorang sahabatku.. Rindu nak buat segmen Typo Friday , tapi tak de idea nak karang.. =( Miss you all my blogger buddies..Blogger Apakah??

"Memories Never Fade, It's Still Remains In My Mind"

-YanaSakura.My-
-130315-Friday-

KISAH BENAR: Kisah Mimpi Seorang Pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W




KISAH BENAR : Kisah Mimpi Seorang Pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W | Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Jumaat buat semua pembaca blog YanaSakura.My.. Di pagi yang mulia ni, YS nak kongsikan kisah mimpi seorang pelajar UIA bertemu Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kisah ini boleh menjadi inspirasi kita untuk berubah menjadi lebih baik dan semoga kita mendapat teladan daripada kisah ini. Walaupun YS tahu sebelum ni mesti korang dah pernah baca kan kisah ni, tapi YS sengaja up semula kisah ini untuk tatapan dan renungan pembaca semua..Jom ikuti kisah insan yang bertuah ini..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…


Ya Allah..lancarkanlah jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik itu.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya. Tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan Islam serta akhir sekali bertemu seorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan membaca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri. Justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”




Kemudian beliau pengsan. Kawan-kawan sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, mereka telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor2 ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilulah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah!!..” Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yg enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja Baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kepada rakan-rakannya tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh Baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia itu pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”






Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Marilah kita kenangkan nabi kita...Dialah pemimpin dan ibu ayah ruh kita. Dialah nabi yang diutus sepanjang zaman..Keperibadiannya indah. 'Cerminan al-Quran' kata ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui Baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata Baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak!, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.....” Apakah kelebihan mereka tanya Saidina Abu Bakar lagi, "Satu sunnah yang dapat mereka tegakkan di zaman mereka sama seperti 70 pahala syahid di kalangan para sahabatku" (atau ada riwayat mengatakan menyamai 100 pahala syahid para sahabat)


"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" (al-Ahzab:56)

Nota ringkas YS : Semoga kita semua memperoleh mardhatillah daripada Allah serta memperolehi husnul khotimah di pengakhiran hidup kita nanti..Amin..InshaAllah..

-200913-1100AM-
-120315-0124AM,0930AM-
-YanaSakura.My-

Thursday, March 12, 2015

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (TH) 2015


LEMBAGA TABUNG HAJI


Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (TH) 2015  | Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger buat semua pembaca blog YanaSakura.My.. Disini, ada berita baik bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja di Tabung Haji. Pihak Tabung Haji telah menyediakan peluang kerjaya dan kerja kosong di Lembaga Tabung Haji bulan Mac 2015 dengan senarai kekosongan jawatan dibawah. Jawatan ini adalah untuk penempatan kerja di Kuala Lumpur.


Tabung Haji


Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen tinggi untuk bekerja dan berkhidmat di Lembaga Tabung Haji (TH) dalam jawatan dibawah ini.

Jawatan :
  • Setiausaha
  • Penganalisa Kanan Ekuiti
  • Pengurus Kanan Dana Ekuiti
  • Penganalisa Kanan Kredit
  • Penolong Pengurus Syariah
  • Penolong Pengurus Pengiklanan Dan Promosi
  • Pengurus Kanan Pematuhan Dan Semakan Syariah
  • Pengurus Kanan Perundingan, Pembangunan Dan Sekretariat Syariah

Sektor : Badan Berkanun
Lokasi kerja : Kuala Lumpur
Tarikh tutup permohonan : 20 Mac 2015.

Alamat :
201 Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji 2015 Terkini
*Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji 2015 Terkini

Iklan jawatan kosong Lembaga Tabung Haji 2015, Bagi syarat kelayakan dan cara permohonan penuh, anda boleh melayari laman sesawang JobStreet disini.


-YanaSakura.My-