Sunday, September 21, 2014

Pelancaran Album Encik Mimpi - Selamat Malam Cinta




Pelancaran Album Encik Mimpi - Selamat Malam Cinta | Assalamualaikum ,Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger semua =)

Okey hari ni YS just nak share mengenai Pelancaran Album Encik Mimpi - Selamat Malam Cinta
 ( Encik Mimpi Album Launching)  yang akan berlansung tak lama dengan korg semua.. Siapa tak kenal Encik Mimpi (EM) mohon berkenalan dengan beliau kat fanpage beliau di https://ms-my.facebook.com/EncikMimpiMusic.. ^_^

Okay back to the topic ..Ni nak kasi maklumat hari kejadian walaupun dah terpampang kat gambar atas nie kan..haha

Kapten EM

Title : Pelancaran Album Encik Mimpi -
 Selamat Malam Cinta
Venue : Red Box Ria,SOGO
Time : 2pm ( 23rd of September 2014 ,Tuesday)

Dah kenapa berspeaking London lak YS nie..xpe la sekali sekala an..walaupun terabur grammar..yang penting kita cuba untuk tulis and cakap kan ..be a confident person yeah =)

Friday, September 19, 2014

MANA MILIK KITA?


MANA MILIK KITA?

Milik Kita?

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Hati Untuk Siapa?

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Pesan Nabi Muhammad S.A.W

" Tiada kita punya, semua Allah punya ! "

~ Kredit : Rabbani ~

Thursday, September 18, 2014

HATI


HATI MILIK ALLAH

~ HATI ~
-SIGMA FEAT HAFIZ HAMIDUN & AG COCO-

Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Punya

Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Kuasa

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman

Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman



Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Punya

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman

Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman

Allah sentiasa bersama kita

Pesan Gadis Sakura : Hayati bait-bait lirik ini..Renungkan sejenak..Muhasabah diri seketika..
Ingatlah,Allah sentiasa ada untuk kita :')
" Jaga HATI,
Jaga Iman,
Jaga Akhlak,
Jaga Peribadi,
Jaga Diri " 

Wednesday, September 17, 2014

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2014 Telah Dibuka Sekarang



Permohonan  Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2014   Telah Dibuka Sekarang | Sukacitanya dimaklumkan bahawa Permohonan  Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2014 telah dibuka mulai 17 September 2014 jam 09.30 pagi.


Syarat-syarat permohonan boleh dibaca DI SINI
dan 
Permohonan boleh dilakukan DI SINI

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman web yang tertera di bawah =)




Marathon Blogwalking

marathon blogwalking
*Gambar sekadar hiasan*

Marathon Blogwalking  | Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger kepada semua pembaca blog YS  yang budiman. Untuk perkongsian hari ni , YS ingin berkongsi cerita mengenai harapan dan impian seorang insan yang bergelar BLOGGER melalui sebuah segmen yang dianjurkan oleh Abg Ben Ashaari pada 12 September 2014 yang lalu.

Entry kali ini diberi nama "Marathon Blogwalking" adalah kerana YS sendiri yang ingin bermarathon membaca semua impian,kata-kata semangat daripada semua rakan blogger..Di samping itu, boleh la YS kutip pengalaman dan ilmu daripada yang lebih berpengalaman.Kita sebagai manusia perlu berguru daripada orang yang telah berjaya untuk mencapai kejayaan tersebut.
Macam kat sekolah,kita belajar daripada cikgu kerana mereka lebih arif mengenai sesuatu pelajaran itu dan apabila kita telah berjaya kita pula boleh membantu insan-insan yang  memerlukan dengan ilmu yang kita ada. Ilmu ini tidak akan terhenti dan juga hilang dek zaman kerana ilmu itu berterusan dan perlu diamalkan dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita juga perlu menimba ilmu untuk bekalan di akhirat kelak di samping ilmu yang perlu dicari untuk bersaing secara sihat untuk mendapat kejayaan di dunia milenia yang penuh dengan cabaran pada masa kini.




Senarai blog yang join  


adalah:


Akanku curi sedikit masa lapang untuk membaca semua 

nukilan insan-insan yang bergelar BLOGGER!

 Selamat membaca semua !


' Aku Seorang BLOGGER! ' (^_^)v

*** psst : nak btau nie..YS baru je terjah beberapa orang

blogger.. tak sampai pun 10 orang.. T_T sadiss sungguh..

Tapi tak pe.. YS akan gigihkan diri ,usahakan diri ini untuk 

membaca dan beri komen yang membina untuk kalian..

Cewahhh..InshaAllah =)

Tuesday, September 16, 2014

Sistem Profiling Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan STPM Bagi Tahun 2013

Program Penajaan Pelajar Cemerlang STPM Bagi Tahun 2013

Sistem Profiling Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan STPM Bagi Tahun 2013| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menawarkan Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan STPM Bagi Tahun 2013 . Sehubungan itu, pelajar yang terpilih hendaklah membuat pendaftaran dan mengemaskini maklumat melalui laman http://esilav2.jpa.gov.my. Pendaftaran dibuka mulai 16 Julai 2014, jam 5.00 petang hingga 25 September 2014.

Friday, September 12, 2014

Segmen Ben Ashaari : Aku Seorang BLOGGER!


http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html


Segmen Ben Ashaari : Aku Seorang BLOGGER! | Assalamualaikum,Salam Jumaat dan Salam 1 Blogger kepada semua pembaca-pembaca blog YS dan juga rakan-rakan blogger..Haa..bunyi macam ayat formal la gayanya..Haha..Memandangkan YS dah lama tak update blog ni..Dah berhabuk pun dia.. pagi tadi jenjalan kat muka buku tengok RSS feed kat muka buku Abg Ben terjumpa lah segmen yang diberi nama "Segmen Ben Ashaari : Aku Seorang BLOGGER! " ni. Cadangnya nak menconteng blog pagi tadi tapi disebabkan connection internet slow ku ambil keputusan untuk  conteng petang ni..Jadi terhasil la contengan ini..Always last minute la jawabnyer..Janji dapat buat kan..YS difahamkan ini adalah segmen kedua Abg Ben kat blog dia..Menurut Kak Ieta malam semalam dah ada Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang BLOGGER!

Cabaran kali ini adalah menjawab soalan lagi..semua adalah berkaitan tentang insan yang bergelar blogger..
Ada 3 soalan yang diajukan iaitu :

1. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

==> Peranan YS sebagai seorang blogger adalah untuk menyampaikan informasi yang betul dan bermanfaat kepada semua golongan masyarakat di luar sana..Biasanya YS akan update berkaitan pendidikan seperti informasi biasiswa,kemasukan , permohonan,isu semasa,motivasi dan sebagainya kerana YS juga seorang pelajar di IPTA.Oleh itu, dengan maklumat yang ada ni sedikit sebanyak dapat la membantu para pelajar mencari maklumat mengenai skop-skop yang disebutkan diatas.Biasanya update ikut mood..hehe..kalo rajin banyak la entry dia..Haha.

2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
==>  Jika YS dapat menjana income yang lebih dari blog sehingga ribuan ringgit yang melebihi gaji,mestilah YS berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa. Lagipun dengan blog juga kita bekerja kan..Bila dah jadi blogger buat bisnes online dapat la side income lebih lagi..Duit pun mengalir laju je masuk dalam akaun kita macam air.Hehe..Tudia peribahasa dah keluar..Hee.. Bisnes yang akan jadi backup plan ea..InshaAllah YS cadang nak bukak sebuah company sendiri yang multipurpose..Dulu ada gak discuss dgn kawan nak buat partnership bukak butik muslimah..hehe..Sebelum ni,YS ada la buat dropship t-shirt melalui rakan YS dan juga pernah menjual shawl suatu ketika dahulu..Memandangkan otak suke sangat tengok orang berbisnes jadi bila tengok je ada iklan seminar seperti 'Seminar Dari Kosong Sampai Jutawan' oleh Dr Irfan Khairi, YS grab je la peluang tu.Ilmu tu perlu dituntut kan..So,berguru pada orang yang dah berjaya tu inshaAllah akan membuahkan hasil..apa yang penting minat kita kan..so semua benda boleh buat dan jual..Kena kreatif sikit la kan baru cepat naik..Haa..gitu bak kata usahawan-usahawan berjaya..

3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
==>  Harapan ea? Okey harapan YS terhadap dunia blog ni adalah setiap insan yang bergelar blogger tu perlulah profesional dalam menaikkan sesuatu isu dalam blog dia.Kena pikir juga perasaan pembaca blog kita kan..Kita tatau apa yang dorg pikir..Huhu..Jangan jadi blogger tu keje dia asyik nak kejar trafik dengan reka cerita yang tak sahih dan tak berasas. Bila ada gologan blogger spises nie susa la sikit.Akan merosakkan gelaran blogger lain., " kerana nila setitik ,habis susu sebelanga". Mesti orang yang tak buat akan rasa tempias juga apabila ada pihak yang menyalahkan blogger..tak gitu ke? Hurm..Blog ni medium untuk kita sampaikan maklumat supaya orang lain dapat manfaatnya sekali daripada penulisan kita.Setiap apa yang kita tulis ni juga dikira sebagai amalan kan..So,tulis la yang baik-baik ..Hidup bukan sekadar blogger sebab blogger tu boleh jadi macam-macam kan..fikir-fikirkan..ini hanyalah pendapat peribadi seorang blogger kerdil.Kalau saya salah tolong tunjuk dan betulkan. =)

Alhamdulillah,terjawab suda semua soalan..Hehe..gaya cam karangan SPM pun ada..siap masuk peribahasa bagai.Ini hanyalah contengan yang tak seberapa..yang baik jadikan panduan,yang buruk jadikan teladan..

Sekian saja,contengan untuk segmen ni..Tunggu next segmen pulak..kalo ade idea bole la conteng-conteng lagi..Hehe..Lepas ni nak terjah rakan-rakan blogger lain pula..petang-petang gini,terasa nak blogwalking lak sebab lama tak marathon blogwalking..Haha..

Tarikh tutup 12/9/2014, 6 petang! Nak join KLIK NI! Kalo korang menaip laju YS rasa sempat je lagi join dalam masa 5 minit..Hahaha!