Tuesday, May 13, 2014

Mini Giveaway by Cik Hawa

Assalamualaikum


Mini Giveaway by Cik Hawa ini di anjurkan oleh Cik Hawa.
Dan disponsor oleh Jaa KechikAHR Online Shop & Mieya Atiera

Mari ramai2 meriahkan giveaway ini kerana hadiahnya berupa

Cash RM20. CONTOH

Shawl , Selendang
Shawl

Blouse
Blouse


Tempoh Penyertaan :-
Bermula : 26 April 2014
Tamat : 17 May 2014
Jam : 11:59malam
Tarikh umum pemenang : 19 May 2014

Hari ni baru ada mood nak berblogging semula.Jadi YS join la segmen dari rakan blogger YS iaitu, Mini Giveaway by Cik Hawa ni..Hehe..Siapa yang belum join tu jom la join sekali.Belum terlambat lagi nak join..selagi ada peluang jom kita grab sesama..Mana tau kalau ada rezeki kita dapat la hadiah-hadiah seperti yang dinyatakan di atas..

Syarat penyertaan dia simple-mimple jek..tak banyak pun..Meh terjah kat sini.

All the best semua ..Adios..See ya ! (^_^)v

Monday, May 05, 2014

Kelebihan Ayat- Ayat Ruqyah

Kelebihan Ayat-Ayat Ruqyah | Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger buat semua pembaca YanaSakura.My yang dikasihi..Perkongsian YS pada kali ini adalah mengenai Kelebihan Ayat-Ayat Ruqyah.

Kebiasaannya ayat-ayat ruqyah ini digunakan dalam perubatan Islam.Bagi mereka yang terkena ganngguan  biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, jin, syaitan dan iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri. Di sini,proses memulihkan pesakit akan bermula.

Hari ini YS ingin kongsikan kelebihan yang terdapat dalam ayat ruqyah dengan anda semua..

Kelebihan Ayat- Ayat Ruqyah, Surah Ruqyah, Ayat Usir Gangguan Jin, Perubatan Islam, Rawatan Alternatif, Rawatan Tradisional

Apabila di baca ayat Ruqyah kepada persakit-pesakit akan memberi tindak balas seperti akan rasa pening-pening kepala, mabuk,muntah-muntah, menggeletar, pengsan, seram-sejuk dan berdebar-debar. Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
  1. Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
  2. Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
  3. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu
    anak-anak anda.
  4. Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Kursi 3x dan surah Al-Insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
  5. Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
  6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat


1)  Al-Fatihah 1 Seluruhnya

2) Al-Baqarah 1 ( 1-5)

3) Al-Baqarah 1 (102)

4) Al-Baqarah 2 (163-164)

5) Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 (255)

6() Al-Baqarah 3 (285-286)

7) Ali-Imran 3 (18-19)

8) Al-’Araf 8 (54-56)

9) Al-’Araf 9 (117-122)

10) Yunus 11 (81-82)

11) Toha 16 (69)

12) Al-Mukminun 18 (115-118)

13) As-Soffaat 23 (1-10)

14) Al-Ahqaaf 26 (29-32)

15) Ar-Rahman 27 (33-36)

16) Al-Hasyr 28 (21-24)

17) Al-Jin 29 (1-9)

18) Al-Ikhlas 30 Seluruhnya

19) Al-Falaq 30 Seluruhnya

20) An-Naas 30 Seluruhnya

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILAMENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda.

Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang
memerlukan. InsyaAllah.


P/S: Kalau di hafal dan dibaca sendiri lagi baik dan penuh keberkaatannya. Semoga perkongsian kali ini mungkin dapat membantu orang yang memerlukan. Jangan lupa terus berdoa dan bermohonlah kepadaNya semoga kita sentiasa di lindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini.InsyaAllah. Semoga kita semua dapat manfaat daripada perkongsian ini dan dapat mengamalkan dalam kehidupan kita.

Wallahualam..