Sunday, April 27, 2014

Majlis Menyambut Menantu SN & FH


Blogger, Kerex Studio, Majlis Menyambut Menantu SN & FH, Miszrockers, Myxpitstop.Com, Nadia Johari, Wedding, Majlis Persandingan, Majlis Perkahwinan Blogger,
*Gambar dari event fb dan di edit oleh YS


Majlis Menyambut Menantu SN & FH | Assalamualaikum ,Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger kepada semua pembaca YanaSakura.My yang dikasihi..

Hari ini Yana nak cerita pasal majlis kahwin lagi.. Hehe..Kali ni blogger Miszrockers Nadia Johari dan juga pasangannya Jejaka Mafia Kerex Sniper (Kak Nad yg pggl Jejaka Mafia..kita tulis aje..hiks! ).

(^_^)

Sebenarnya hari ini adalah Majlis Menyambut Menantu di sebelah pihak lelaki..Majlis kenduri di sebelah perempuan adalah minggu lepas iaitu pada 13 April 2014 (Ahad).

Mesti meriah majlis hari ni..Rugi pulak rasanya tak dapat datang..Tak dapat nak snap-snap gambar pengantin banyak-banyak.. Tempoh hari nak dekat 400 jugak la gambar yang disnap dari handphoneku yang tak seberapa canggih..Haha..Nasib camera jenis auto focus..gambar bole dikatakan terbaik jugak la..hikhik..

So, Yana tak de la gambar pengantin untuk hari nie.. Untuk tatapan pembaca Yana sertakan gambar majlis yang lepas..Buat pengetahuan semua majlis hari ini bertemakan warna kuning.Sebelah perempuan tempoh hari adalah warna biru seperti yang korang nampak dalam gambar dibawah.

Blogger, Kerex Studio, Majlis Menyambut Menantu SN & FH, Miszrockers, Myxpitstop.Com, Nadia Johari, Wedding, Majlis Persandingan, Majlis Perkahwinan Blogger,

Apapun nak ucap sekali lagi..Selamat Pengantin Baru Buat Kak Nad tersayang dan juga Abg Sham. Semoga masjid yang dibina mendapat berkat dari Allah.. BarakAllahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. Semoga korang bahagia hingga akhir hayat dan sehingga syurga..Akhir sekali,Yana doakan semoga korang dapat anak yang comel-comel dan soleh..

Ehhh...Entry untuk majlis aritu tak terbuat lagi..thehehe...Nie pun curi - curi masa untuk menari di keyboard.Haha.Maaf ye pengantin.. travelog pun dalam pembikinan..tapi video tarak.. Haha



~Adios.. Till we meet again in others story mory.. Hope them happy forever till jannah..Amin ~


Yana Sakura.My
-270414-
-27 Jamadilakhir 1435H-


Saturday, April 26, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU


2014, Blogger, Selamat Pengantin Baru, Wedding, Blogger Katak Comel, Majlis Perkahwinan, Putera Katak, Mendirikan Masjid

SELAMAT PENGANTIN BARU | Assalamualaikum ,Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger semua :)

Hari nie 26 April 2014 bersamaan 26 Jamadilakhir 1435H, (Sabtu) seorang lagi rakan YS mendirikan masjid .. Alhamdulillah..Semoga ikatan pernikahan yang terbina ini akan mendekatkan lagi pasangan mempelai kepada Allah..

Tahniah kepada Akmal Hakim (Along Akim) dan pasangannya Nor Amirah (Kak Mira)..

*Kredit gambar : Akmal Hakim


Selamat menjalani kehidupan baru..Hidup berumah tanggan nie mesti banyak cabaran yang Allah beri kan..Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..Macam lagu dalam cerita 3 Abdul tu..Hehe.. Semoga kalian dapat menempuhinya dengan iman dan taqwa kepada Allah..

"BarakAllahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair “. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada pasangan mempelai..Semoga bahagia hingga akhir hayat dan ke syurga hendaknya..Amin..

Maaf ye pengantin baru..YS xdapat datang majlis korang..InsyaAllah kalau tiada aral melintang..Muncullah diri ini di majlis sebelah lelaki tapi kalau tak de tu..Korang tunggu je hadiah sampai sebagai pengganti diri ini ya..Hehe

~ Hopes you happy always ~

Saturday, April 19, 2014

Genap 40 Hari MH370

Keep pray for MH370, DoaUntukMH370, PrayForMH370, Tragedi MH370,


Genap 40 Hari MH370 | Pada 16 April 2014 genaplah 40 hari kehilangan pesawat MH370..Namun, misi mencari pesawat dan kotak hitam giat diteruskan untuk menjejaki dirimu..

~ MH370 ~

Duhai MH370...
Setelah 40 hari dalam misi pencarian..
Kami ingin sekali membongkar misteri kehilanganmu..

Duhai MH370..
Walaupun dirimu kini hilang dari pandangan kami..
Kami masih mengharapkan kepulanganmu..

Dalam setiap sujud ..

Kami senantiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi..
Agar dirimu dipertemukan kembali dengan kami..


Duhai MH370..
Walau dimana jua dikau berada..
Kami doakan semoga dikau dalam keadaan selamat hendaknya bersama para penumpang dan juga anak kapal..

Duhai MH370..
Ketahuilah kami amat menyayangi kalian..
Doa kami sentiasa bersama kalian..
Bertahanlah..
Kami sedang menjejakmu..
Timbulkanlah petunjuk arah kepada kami..
Agar kami dapat memberikan bantuan kepadamu..


-Nukilan YS-


Keep pray for MH370..
#DoaUntukMH370


#PrayForMH370


Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yassin kepada semua penumpang dan juga anak kapal pesawat MH370 agar usaha menjejaki peswat dipermudahkan oleh Allah..InsyaAllah..Amin Ya Rabb.. =')

Tuesday, April 01, 2014

Pengambilan Pelajar Lepasan Diploma INSTEP 2014

2014, INSTEP, Kemasukan 2014, logo, Pengambilan Pelajar Lepasan Diploma Memasuki "Program Teknologi Petroleum (PTP-1), Petronas, Tajaan Petronas,


Pengambilan Pelajar Lepasan Diploma ) INSTEP 2014 | Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger kepada semua..Di sini YS nak kongsikan tawaran bagi Pengambilan Pelajar Lepasan Diploma Memasuki "Program Teknologi Petroleum


(PTP-1)" di INSTEP (2014) anjuran PETRONAS.

Kepada sesiapa yang ada adik beradik atau sedara mara yang berminat nak join Petronas harap share peluang ini utk mereka..,Belajar kat sini dulu..Sekarang ni pengambilan telah dibuka. Peluang dah terbuka,jadi apa lagi tunggu,grab la peluang keemasan ni. Mohon untuk diri sendiri pun boleh =)

Pengambilan Pelajar Lepasan Diploma Memasuki "Program Teknologi Petroleum (PTP-1)" yang terletak di INSTEP Terengganu yang mana berpeluang untuk menjadi juruteknik dalam bidang oil dan gas.


"Segala yuran ditaja sepenuhnya oleh PETRONAS."


Program Setahun - (6 Bulan Teori di INSTEP & 6 Bulan Praktikal DiCawangan-Cawangan PETRONAS Seluruh Malaysia)



2014, INSTEP, Kemasukan 2014, logo, Pengambilan Pelajar Lepasan Diploma Memasuki "Program Teknologi Petroleum (PTP-1), Petronas, Tajaan Petronas,

Industri Oil & Gas *Pelantar Minyak*

Kelayakan:-

1. Diploma dalam Elektrikal,Mekanikal, Elektronik,Instrumentasi, Proses atau yang setaraf
2. Tidak melebihi 30 tahun pada 1 Jan 2014
3. Warganegara Malaysia, Bujang, Lelaki, Mempunyai Kesihatan Yang Baik dan tidak buta warna(Malaysian, Single, Male, Good Health & not color blind)
4.Permohonan dikenakan bayaran RM10 Melalui CIMB Bank


Tarikh Buka: 27 Mac 2014
Tarikh Tutup: 5 April 2014

Permohonan boleh dibuat melalui website seperti di bawah:-
http://www.instep-online.my/

*Sila sebarkan untuk sesiapa yang berminat dan membantu memberi peluang untuk memasuki industri oil & gas.

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) - Terbuka 2014 / 2015

*UPDATE LATEST

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) - Terbuka 2014 / 2015 | Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Blogger kepada semua pembaca yang dikasihi.Bagi individu yang berminat dan berhasrat untuk menyertai pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada tahun 2014 dan 2015 anda dialu-alukan untuk memohon jawatan yang ditawarkan seperti yang dinyatakan di bawah.


2014, 2015, jawatan kosong pdrm, jawatan kosong polis, jawatan polis, kerajaan, malaysia, PDRM, terbuka 2014,



Permohonan hendaklah daripada warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terbuka 204/2015 :

Jawatan Kosong di PDRM Terbuka 2014/2015:

1.Inspektor (Lelaki/Wanita)
2.Sarjan (Lelaki/Wanita)
3.Konstabel (Lelaki/Wanita)
4.Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)
5. Konstabel Orang Asli (Lelaki sahaja) (TERBARU)


Syarat Kelayakan Untuk Memohon :

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak leboh daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Untuk mengetahui syarat kelayakan yang lebih terperinci anda boleh layari Laman Web Rasmi PDRM di http://www.rmp.gov.my


Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).


*Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)


Langkah isi borang online Polis Diraja Malaysia (PDRM) :

1. Sila layari : http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2. Daftar akaun baru bagi sesiapa yang belum mendaftar atau sila Login bagi yang sudah mendaftar
3. Sila isikan semua maklumat peribadi anda
4. Sila masuk ke Tab “Jawatan PDRM/LAIN”
5. Pilih jawatan yang anda kehendaki dan klik simpan
6. Selesai dan sila tunggu permohonan anda akan diproses dalam masa 6 bulan.


Untuk semakan, anda boleh menyemak status permohonan anda DI SINI
Official Fanpage : https://www.facebook.com/JawatanKosongTerkini


Sila “LIKE” Fanpage : https://www.facebook.com/JawatanKosongTerkini supaya anda sentiasa mendapat info mengenai jawatan kosong kerajaan yang terbaru. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kerja bersesuaian dengan kelulusan anda.

Tarikh tutup permohonan : Sehingga tamat pengiklanan (Terbuka 2014/2015)
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan



2014, 2015, jawatan kosong pdrm, jawatan kosong polis, jawatan polis, kerajaan, malaysia, PDRM, terbuka 2014,


**Maklumat lanjut,hubungi talian : 03-2266 8350/8344/8347. (Unit Pengambilan PDRM) atau layari Laman Web Rasmi PDRM (http://www.rmp.gov.my)