Monday, October 21, 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger buat semua pembaca setia blog Yana : Life Story.
Hari ini Yana ingin mengajak korang semua untuk join " Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida" .. Jom kita sama-sama support rakan blogger kita..Entry nie pun kira Yana join la yea Kak Shida..Hehehe 

Dibawah adalah kata aluan dan pesanan dari penaja kita.Check it out! =)

*****************************************************************************
Assalamualaikum, peace upon you.







Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :


 Syarat-syarat wajib : 

  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini


Senarai Hadiah

Info untuk para peserta :
  • GA ini dijalankan selama sebulan bermula 15.10.2013 hingga 12.11.2013, dalam sebulan terdapat 2 Part iaitu GA Part1 dan GA part 2. 
  • Sebanyak 22 pemenang dan hadiah yang ditawarkan dalam GA Part1
  • Bagi yang nak join untuk memenangi Percutian Ke Sarawak boleh tunggu Part 2 Giveaway pada 30.10.2013
  • Pengumuman Pemenang Part 1 akan shida yang umumkan nanti selepas kedua-dua Part Tamat pada 12.11.2013
  • Pemenang Part 1 akan dipilih oleh shida melalui random.org, Pemenang Part 2 dipilih oleh Pihak Penaja berdasarkan unique click (jadi affliate)
  • Korang boleh ambil bahagian kedua-dua Part  (Part 1&2)
  • Jika korang dah menang Part1, Part 2 juga jika korang menang korang layak dapat hadiah kali ke2
  • Selama GA ini berlangsung pihak penaja dan penganjur layak untuk mengubah sebarang hadiah atau syarat yang dikenakan.




Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger buat semua pembaca yang YS kasihi.


Lama dah YS tak join contest dan giveaway dari rakan-rakan blogger nie.
So, hari nie YS nak join "Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim"
Jom kita meriahkan giveaway nie reramai..Hiks!
Dah ramai join taw! (^__^)

Syarat-syarat dia kacang je : 

1. Buat entri bertajuk " Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim "
2. Folow blog Ruang Monolog dan Sheila Salim
3. Like page Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim
                  
                    

Like penaja Fridget magnet  

4. Tampal banner GA dan link kan ke entri ini. Tulislah apa-apa atau copy je syarat-syarat GA ini

6. Tinggalkan url entri korang ke ruangan komen

Hadiah : 

karikatur by ruang monolog ( gambar anda ) x 2orang -
(pemilihan pemenang 1 lelaki 1 perempuan )
shawl x 2 orang pemenang (  zaza )
3biji keychain  x 1 orang pemenang (  zaza )
RM10.00 topup x 2orang pemenang (sheila salim )
Fridget Magnet x 2 orang ( faziedasite )
1biji mug x 1 orang pemenang ( zaza )

*siapalah blogger bertuah yang dapat mug dari Zaza Zehra nie..(teringin nak mug yg cute miut neh..ekeke )

 *Yang nie pulak contoh karikatur dari Ruang Monolog..comel gitewww...

*Nie pulak fridge magnet yang bakal korang dapat..

Tarikh tamat GiveAway adalah 23 Oktober 2013!!

Good Luck and All The Best for all contestant!!
Peace yaw! (^_^)v


Saturday, October 05, 2013

Kanser Tiroid Dan Cara Merawatnya


Kanser Tiroid  Dan Cara Merawatnya | Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger. Jom kita kenali apakah penyakit tiroid. Adakah ia merbahaya atau tidak? Jawapannya, bahaya jika kita tidak mendapatkan rawatan selanlanjutnya kerana TIROID BOLEH MENJADI KANSER.


Thyroid

 Apa itu Tiroid? Tiroid adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah. 

  Kenali penyakit TIROID

1. Kelenjar Tiroid 

 Kelenjar tiroid terbahagi 2 .Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan  triiodotiroksin (T3). Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsisi badan yang dipanggil metabolisma. Apabila ada peningkatan hormon-hormon ini, ia bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan. Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku. 

2. Diagnosis Penyakit Tiroid 

 Anda  mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur. Leher anda perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan. Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu dan berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.



  3. Penyakit Hipotiroidisma (Hypothyroidism)

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma. Biasanya penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil Tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. 

 Penyakit  ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat. Kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan. 

 Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma. Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan. Hormon tiroid akan diberi oleh doktor kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan . 

4. Hipertiroidisma (Hyperthyroidism)

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas. 

Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting. Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma. 

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu. Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa. Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan oleh doktor dengan anda, semasa lawatan kesihatan susulan.



tiroid-boleh-menjadi-kanser


Cara Rawatan Penyakit TIROID (Thyroid)  

 1.  Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut. 

 2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh  badan.

 3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih  untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

 4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam  kes kehilangan berat badan yang serius . 

5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. 



Jaga kesihatan sebaik-baiknya. Walaupun bekerja jangan abaikan kesihatan kita. Badan sihat dan cergas otak akan menjadi cerdas untuk berfikir . =) Sayangilah diri anda.



Wednesday, October 02, 2013

MATA - Penyakit dan Tandanya



MATA - Penyakit dan Tandanya| Assalamualaikum dan salam 1 blogger kepada semua pembaca setia blog YanaSakura.My. Hari ini YS nak kongsikan artikel berkaitan mata dengan anda semua. Untuk pengetahuan anda, mata mempunyai kaitan dengan hati kita.

PENYAKIT & TANDANYA

Mata Menjadi Merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata Menjadi Kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar Tahi Mata Terlampau Banyak: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar Air Mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan Mata dan Kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.