Saturday, April 27, 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2013/2014


Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM  2013/2014 | Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar lepasan SPM 2012 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2013/2014 boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi Dua Tahun  (PDT) mulai 25 April 2013.

Pelajar boleh membuat semakan keputusan ke matrikulasi melalui 3 cara iaitu:-

    1. 1)  Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.
    2. 2) Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888.
    1. 3) Menghubungi talian telefon 03 8884 4083/ 4040/ 4036/ 4100.

PENDAFTARAN MATRIKULASI



1) Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan seperti berikut:-


    • 19 Mei 2013 Kolej Matrikulasi Labuan
    • 26 Mei 2013 Kolej Matrikulasi Sarawak
    • 27 Mei 2013 Kolej-kolej Matrikulasi di Semenanjung Malaysia

  • 2) Surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.

  • 3) Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
  • 4) Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

RAYUAN MATRIKULASI
  • Mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program 
  • Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2013 sehingga 9 Mei 2013.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada awal bulan Jun 2013.


# Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03-8884 4083.



# Untuk maklumat lanjut pelajar boleh melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di sini ---> http://www.moe.gov.my/bmkpm/.


* Maklumat ini akan di kemaskini dari masa ke semasa. 


Thursday, April 25, 2013

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Nak jugak letak setepek banner nie.Hihihi~
Haaa..Laa nie.. Saat nie.. Detik ini.. Saya merajinkan diri untuk join segmen Dr Fuh yang meletop dan pastinya akan mencetuskan fenomena dan revolusi baru.. Yeah!! Walaupun YS tengah duk pening  & kalut mencari penyelesaian esaimen yang kena buat neh..Potong jalan sat..Hahaha.. Apa yang penting kita enjoy!!
segmen bloglist

Syarat-syarat dia mudah sahaja :-

  • Follow blog fuh.my ni ~ Dah follow seabad lamanya..Tak terkira bila..Haha

  • Masukkan blog fuh dalam bloglist blog korang. Ingat, bloglist ye! bukan sekadar link blog. Dan bloglist hendaklah berada di mainblog anda, bukan di blog lain atau di Page lain! ~ Suda Dr! Untuk selamanya saya letak..Nie pun dah buat sedekad lebih mungkin. Hahaha *lama giler an..Ini semua poyo!..tp yg sebenarnya mmg dh lama:p

  • Tekan g+1 dekak sidebar belah kanan ni ~ Done!Sentiasa support dari depan.. Biasa org support dari belakang kan? Kali nie YS support dari depan.. Lalala

  • Buat 1 entri bertajuk "Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My" ~ tgh buat la nie.. 

  • Masukkan banner di atas dan linkkan ke entry ini ~ Banner dan tempek bedak sejuk 2 inchi..satgi sepantas unicorn p letak entry kat kotak komen hikmat Fuh.My..

  • Dah siap semua, tinggalkan link ENTRI anda dalam kotak komen bawah ni ~ Baek2..sat naaa..tguuu...

Mudah kan? So apa tunggu lagi? rugi tak join! oh yaTarikh tutup adalah pada jam 12:00 tengah hari 30 April 2013. Jom2 cekidot (check it out) babeyh!! 


KENAPA KORANG MESTI ADA DALAM BLOGLIST FUH.MY?
  • Purata Pageview harian 50,000 SEHARI (so,komfem korang dpt tempias dari trafik Fuh.My sekiranya korang berada dalam bloglist Fuh.My)
  • Google Page Rank 3
  • Backlink berkualiti daripada Fuh.My
  • Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain
  • Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti melebihi 50 referrer)



Mai..mai kita p pekena teh tarik kat kedai Fuh.My| Mencetus Fenomena sebarang dua..Alang-alang mai meriahkan segmen nie.. Nak join klik kat tulisan " Fuh.My|Mencetus Fenomena" hat ataih nie naa..


KrikKrikKrikk : Harap penyertaan ini diterima naa.. Awat cheq nie..tetiba cakap utagha.. ?? err.. wa teka wa rindu nak pi sana kot. Hahaha.. Salah silap harap maaf. Saya hanya insan biasa yang x lepas dari melakukan kesalahan.. ehh..
Dah..dah ..sebelum wa melarat merapu meraban tah apa-apa kat sini.. wa minta izin untuk undur diri dulu naa.. Good luck kepada semua peserta..Selamat beramah mesra dengan sahabat blogger laen naa..


~  Sokong Fuh.My dari depan.. Peace (^_^)v ~


Wednesday, April 24, 2013

Silence Day Of The Wednesday ~ Dugaan Mendewasakan Kita ~


Buat renungan dan tatapan sahabat =)



# Selamat malam semua.. Jangan lupa baca doa sebelum tidur ya.Maafkan setiap kesalahan orang.
Niat nak jadi yang lebih baik pada hari esok berbanding hari nie.

60 Peratus Miliki Telefon Pintar Menjelang 2015





60 Peratus Miliki Telefon Pintar Menjelang 2015| Mccann Erickson (Malaysia) Sdn Bhd menjangkakan kira-kira 60 peratus daripada rakyat Malaysia akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar menjelang 2015.

Pengarah Perancangan Jenama dan Inovasi Kumpulannya, Milan Agnihotri, berkata ia kenaikan 25 peratus daripada 35 peratus sekarang.

Beliau berkata, menerusi kajian Mobile Connected LivesMalaysian Truth yang dijalankan pihaknya, antara faktor yang mendorong kepada peningkatan pemilikan telefon pintar di negara ini adalah kerana harganya serta caj perkhidmatan semakin mampu dimiliki.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi di negara ini saling bersaing dalam menyediakan pelan data pada harga kompetitif.

Inisiatif kerajaan

Selain itu, inisiatif dijalankan kerajaan seperti memberikan rebat bagi pembelian telefon pintar turut menarik minat lebih ramai pengguna memilikinya, katanya kepada BH di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Kajian itu dijalankan dalam kalangan pengguna di negara ini bagi memahami nilai, tingkah laku serta cara hidup mereka dalam dunia mudah alih yang merujuk kepada penggunaan telefon bimbit, tablet dan media sosial.

Katanya, gajet mudah alih kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup pengguna di negara ini dengan 40 peratus daripada pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit.

Rakyat Malaysia menduduki tangga ke-17 dalam senarai pengguna yang paling kerap mengunjungi laman web Facebook serta rangkaian sosial lain.

Selain itu, kajian sama turut mendapati, secara puratanya pengguna di negara ini meluangkan masa purata selama 6.4 jam seminggu hanya untuk melayari laman sosial, memuat turun video serta bermain permainan, katanya.

Tambahnya, pasaran telekomunikasi mudah alih di Malaysia juga disifatkan sebagai unik atas beberapa faktor.

Antaranya, keadaan pasaran secara strukturnya boleh disebut Oligopoly, iaitu tiga peserta utama iaitu Maxis, Celcom dan Digi menguasai 95 peratus daripada keseluruhan penguasaan pasaran, katanya.

#Sumber dan berita penuh

2# SEGMEN 24 JAM BY INA


YS join segmen lagi. Ahaha.. =)


So, saya follower ke 520 blog Ina.
Nak join? Jom cepat-cepat ke SANA sebab tarikh tutup dia 
24 April 2013 pada pukul 11 pagi.. Sempat ag neh!



SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA PERLUAS OPERASI


Samsung SDI perluas operasi
Kilang Samsung SDI Energy di Senawang, Negeri Sembilan yang terbabit dalam rekaan, 
pembangunan dan pengilangan bateri lithium ion dan pek kuasa.

Samsung SDI Energy Sdn Bhd Perluas Operasi| Samsung SDI, iaitu unit perniagaan bateri Kumpulan Samsung dari Korea Selatan akan mengembangkan operasinya di Malaysia sebagai hab pengeluaran bagi pasaran Asia, seterusnya diperluaskan untuk meliputi pasaran global pada masa depan.

Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada strategi kumpulan itu untuk menjadikan Malaysia sebagai tapak operasi terbesarnya di luar Korea Selatan menjelang 2015, yang membabitkan pembangunan kemudahan pengeluaran termaju meliputi proses pengilangan menyeluruh dari sel bateri sehingga pek kuasa.

Malah, Samsung SDI yang kini pengeluar utama bateri bagi peranti mudah alih dunia turut merancang membangunkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri tenaga mesra alamnya di negara ini.

Jurucakap Samsung SDI berkata, kemudahan pengeluaran termaju di Malaysia itu akan dibangunkan terlebih dulu bagi memastikan pembekalan produk berkualiti dapat berjalan dengan lancar.

Fokus bateri saiz kecil

Beliau berkata, untuk permulaan syarikat itu akan menumpukan pembangunan perniagaan bateri bersaiz kecil bagi peranti mudah alih sebelum meluaskannya kepada pengeluaran bateri bersaiz sederhana dan besar.

“Kami adalah pengeluar bateri litium ion terbesar dunia, justeru untuk terus mengekalkan kedudukan ini kami akan meningkatkan pelaburan bagi perniagaan bateri bersaiz kecil yang kini penyumbang utama pendapatan syarikat.

“Menerusi pembangunan teknologi lithium ion generasi akan datang, kami bakal memacu perniagaan baru iaitu pengeluaran bateri bersaiz sederhana untuk kenderaan elektrik dan bateri bersaiz besar untuk sistem storan kuasa yang akan dilaksanakan selepas 2015,” kata jurucakap Samsung SDI  kepada BH menerusi e-mel.

Samsung SDI memulakan operasinya di Malaysia pada 1990 iaitu bagi pengeluaran tiub sinar katod (CRT), sekali gus menjadikan negara ini sebagai operasi pengeluaran luar negaranya yang pertama.

Kini syarikat itu turut mengeluarkan sekitar lapan juta bateri sebulan untuk pelbagai peranti mudah alih termasuk telefon pintar, tablet dan perkakasan tangan bagi jenama terkenal.

Mengulas lanjut, jurucakap Samsung SDI itu berkata, tahun lalu syarikat berkenaan melabur sekitar AS50 juta (RM150 juta) dalam perniagaan baterinya dan merancang meningkatkannya sejajar pelan pengembangan operasi itu.

Sedia peluang pekerjaan

Katanya, pelan pengembangan Kumpulan Samsung di Malaysia itu dijangka memberi pelbagai manfaat besar kepada negara ini khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan, sokongan kepada syarikat tempatan serta meningkatkan imej dan jenama Samsung.

“Malaysia dipilih berdasarkan sistem dan persekitaran industri menarik disokong kestabilan politik, tenaga kerja berkualiti dan fokus ekonominya dalam aktiviti tambah nilai.

“Sistem pentadbiran di Malaysia telah terbukti membantu kami menguruskan operasi dengan lancar sehingga membantu kami mencapai kedudukan sebagai pengeluar CRT utama global,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan sasaran yang ditetapkan hasil daripada pelan pengembangan itu, tapi kumpulan terbabit yakin ia mampu menjana pertumbuhan lebih sekali ganda menjelang 2015.


Tuesday, April 23, 2013

SEGMEN SEKEJAP BY AMIRAH AZMAN


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger =)

Hokeyh! Join segmen by Amirah Azman..
Haha


Saya follower ke 1189.
Nak join? Jom ke teratak tuan tanah.

Second GiveAway: Smile ♥ =)

Assalamualaikum .. Salam 1 Blogger (^_^)

Adek comel lotei sayang, akak join GA nie..weewitt ;)
http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2013/03/second-giveaway-smile.html#comment-form

Comel kan banner dan orang yang dalam banner nie..Nice  giteww..Ahaha ♥♥♥Yana join Second Giveaway Smile by Aimi Marshmallow ♥ secara rasminya hari ini.
Haha
Setelah dijemput secara rasminya oleh  A C U N  dan permaisuri Aimi..hiks!
Meh tengok bukti di bawah..ekeke..see..see..
Nampak tak watikah dia??
Actually,berkurun
lama suda dijemput depan pintu rumah..
31Mac 2013 yang lalu ..Haha..Sorry ya adik manis.
Klik gambar untuk tumbesaran..Hiks!

(◕‿◕"),✰˚ If what's ahead scares you
And what's behind hurt you
Then, just look ABOVE
ALLAH NEVER FAILS TO HELP YOU (◕‿◕"),✰˚


♥ A fake smile can hide a million tears inside :')
Just be strong and don't be sad anymore. Allah always with us 

Setiap gambar mempunyai kisah disebaliknya. 
SENYUM itu memberi semangat baru kepada kita :)
             Pilih la untuk SENYUM walaupun kita mempunyai alasan untuk BERSEDIH.. 

"Everything happens for a reason. Live it, love it & learn from it. Let your smile change the world, but don't let the world change your smile." ♡♥♡♥♡♥♡



KrikKrukKrikKrik :
♥ Semua yang terjadi ini adalah atas kehendak Allah.
 Jadi apabila kita gembira ingat Allah, 
apabila bersedih ingat Allah dan dalam apa jua keadaan ingatlah Allah itu sentiasa bersama kita .Jangan takut,selagi kita meletakkan diri dan cinta kita kepada Allah ,semuanya akan berjalan lancar walaupun kita perlu melalui kepayahan kerana kesusahan itu mengajar kita apa itu erti sebuah kehidupan.InsyaAllah ♥

♥♥♥ 3 orang blogger akan menjadi mangsa YS.ahaha..hope korang willing to join this contest ya sayang.
Hehe
♥ Cik Bluewendy Wendy
♥ Bonda Qalish ~ Kak Sal
♥ Iyraa Cariyno
Nak join meh terbang ke SINI
Peace Yaw! (^_^)v