Thursday, January 31, 2013

BIRTHDAY OF THE MONTH (=




Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger semua .
BIRTHDAY OF THE MONTH??
YEZZA!! BIRTHDAY OF JANUARY..
Heheh..

Hari ini adalah hari terakhir pada bulan Januari iaitu 31/01/2013
Hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang blogger.
Untuk yang ke berapa itu Yana tak sure pulak..hehe
First of all,Yana ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran ye kanda =)
Siapa kanda tu? hehe..kawan yana je..memandangkan dia lebih tua dari Yana so Yana panggil dia kanda.
Lagi pun Yana dah anggap dia macam abg sendiri..Since,dalam group blogger kami dah rapat cam sebuah family..same goes to others group member..I love u all so much.. :')
BLOGGER APAKAH? & MASIH CINTA 



HAPPY BIRTHDAY,ABANG AMIR ZAHARI!!!
ekekeke..
|
|
|
v




SURPRISE !!!! 
Nie la SURPRISE yang adik kata tadi..ngee
Siapa empunya tuan diri nie ye? Mesti korang nak kenal dengan dia..
Ke tak nak? ahaha..mohon berkenalan dengan beliau okey..
JOM KITA TERJAH BUFDAY BOY NIE..
JENG..JENG..JENG...

HERE WE GO (=


Ini lah Abg AZ..maap ye kidnap gambau nie sbb kata surprise an..hee
Okey, sekarang nie Yana nak ceritakan serba sedikit tentang bufday boy nie.. 
Beliau adalah seorang peminat tegar kucing dan beliau memelihara kucing di 
kediaman beliau. Kucing beliau comel sangat. Tengok gambar kat bawah nie..Ini 
adalah Si Comel (pepandai je bg nama) hahhaha...


Lagi satu abg AZ nie suka buat dialog kat kucing-kucing dia..boleh tergelak 
baca tau..Selain itu, beliau meminati bidang freelance.Sebab apa cakap 
camtu sebab banyak sangat gambar pemandangan yang cantik-cantik dia 
ambil..sungguh mendamaikan..Contoh macam gambar suasana kampung  
dan tempat menarik nie.. Untuk tengok lebih banyak gambar yang di'snap' 
oleh beliau..boleh la tengok kat Instagram beliau kat blog nuh..


Siap adaa copyright ag tau..copyright sgt penting utk melindungi hak kita.

Eh,eh!! nak pegi mana tu..cerita belum habis lagi nie..hehe..please,stay!
Nie Yana nak btau..kanda Yana nie sangat meminati artwork..ada je idea dia..

beliau memang kreatif..

Yana suka tengok hasil kerja dia..Beliau sangat mencintai seni TYPOGRAPHY!

Koleksi beliau sila terjah blog beliau..hehe..
TYPOGRAPHY LIKE THIS..SEE DA PICTURE YA!
CHECK IT OUT DEAR!!










Dan yang gambar di bawah ini adalah hasil typography beliau yang dibuat khas
untuk Yana..*khas ke? malu sowg2..ngee* >_<" ekceli, nie ayat yana kat status  aritu,
then beliau mencorakkanya.Abg Yana nie rajin buat typography.Katanya, nak explore sesuatu yang baru mestilah kena mencuba. I got it!



Lagi satu hasil buah fikiran dan air tangan beliau untuk Yana 

adalah header blog yang Yana guna sekarang nie.

Tadaaaa....
Thank you so much kanda Amir =)




Untuk mengenali beliau dengan lebih rapat korang boleh la terjah 

teratak beliau kat sini.

Ini adalah header blog beliau supaya korang senang nak kenal 

pasti blog beliau..hiks!


SEKARANG TIBA MASA UNTUK YANA BUAT UCAPAN  (^_^)v

# Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.

#Semoga hidup abang ceria selalu disamping keluarga tersayang.

#May Allah bless you,my lovely brother.

#Semoga berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

#Semoga berjaya dalam kerjaya.

#Abg Amir, adik tak de hadiah nak kasi kat abg sebenarnya..cukup lah sebuah ukhwah persahabatan yang terjalin antara kita dan juga member-member blogger.Kita bagaikan sebuah keluarga yang tak dapat dipisahkan kecuali dengan maut.Semoga pertalian ini kekal hingga ke Jannah.InsyaAllah.

SMILE ALWAYS (^_^)v


Nah kek untuk bufday abg :)


Yang nie adalah kereta yang beliau minati..hehe..Satria Neo.
Sekarang pun guna Satria Neo dah..ahaha..nak buat koleksi mungkin..
(psstt...nnt kita beli alat make over 5 tahun akan dtg yea)


Sincerely from me,
with love your little sister maybe
♥ Liyana Hamid 
\(^_^)/
||
/\


P/S: NAK JADI ORANG TERAKHIR LA KONON..HIKHIK (^^,)

RASA-RASA KORG YANG MANA SATU YANA?? HEHEHE =p

SEMAKAN KEMASUKAN IJAZAH SARJANA MUDA KE UPSI SESI FEBRUARI 2013


SEMAKAN KEMASUKAN  IJAZAH SARJANA MUDA KE UPSI SESI FEBRUARI 2013 | Sukacitanya dimaklumkan bahawa Semakan Jaya Permohonan Ke Program Ijazah Sarjana Muda UPSI Ambilan Februari 2012/2013 boleh DISEMAK MULAI 2 FEBRUARI 2013 (SABTU) JAM 12.00 TENGAH HARI. Calon boleh membuat semakan  melalui http://www.upsi.edu.my/online/.



Calon-calon juga boleh menyemak tarikh-tarikh penting berkaitan UPSI seperti dibawah :

BILPERKARATARIKH
1
IKLAN PERMOHONAN DIPAPARKAN (BERITA HARIAN, SIN CHEW DAILY DAN TAMIL NEESAN)
11 November 2012 (Ahad)
2
PERMOHONAN ONLINE DIBUKA
12 November 2012 (Isnin) mulai jam 4.00 petang
3PERMOHONAN ONLINE DITUTUP26 November 2012 (Isnin) sehingga jam 12.00 tengah malam
4TARIKH AKHIR MENGHANTAR PERAKUAN PERMOHONAN ONLINE & DOKUMEN26 November 2012
5SEMAKAN MENDUDUKI UJIAN MEDSI & TEMU DUGA (BAGI PROGRAM PENDIDIKAN)*30 Disember 2012 (selepas jam 12 tengah hari) – 5 Januari 2013
6HEBAHAN PERMOHONAN JAYA27 Januari 2013
7PERMOHONAN ONLINE E-RAYUAN DIBUKA27 Januari 2013 – 14 Februari 2013


* Perubahan tarikh-tarikh ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amatlah dikesali.

* Saya akan kemaskini informasi ini dari masa ke semasa.Harap Maklum.Terima Kasih.

TERKINI!! SILA BERI PERHATIAN!!



sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

SALAM 1 BLOGGER SEMUA..

SILA BERI PERHATIAN,KEPADA SEMUA CALON YANG MEMOHON KEMASUKAN IJAZAH SARJANA MUDA UiTM SESI MAC 2013. DI SINI, SAYA INGIN MEMOHON MAAF ATAS PERUBAHAN DRASTIK YANG BERLAKU  SEMASA ANDA INGIN MENYEMAK SURAT TAWARAN KEMASUKAN PADA PUKUL 5.00 PETANG TADI. 

*DI SINI, ADALAH MAKLUMAT TERKINI DARI BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR UiTM..

"SEMAKAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN IJAZAH SARJANA MUDA UiTM SESI 2013 BOLEH DI SEMAK MULAI PUKUL 10.00 MALAM INI..HARAP MAKLUM."

p/s : Kepada calon yang telah membaca maklumat yang saya sampaikan pada entri yang lepas, saya mohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku..Segala kesilapan amatlah di kesali..Sekian,terima kasih.. 
(^_^)v


Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H - WASATIYYAH TONGGAK KEMAJUAN UMMAH




Salam 1 Blogger kepada semua pembaca budiman dan tersayang. Hari ini merupakan sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah iaitu hari untuk memperingati keputeraan rasul junjungan yang kita kasihi dan sayangi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. (= Sambutan kali ini bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kemajuan Ummah' ...Sama dengan tema Maal Hijrah (^_^)v

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan  selawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W dan mengamalkan sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh baginda kepada kita. =) Semoga kita adalah salah seorang umat yang akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak..mudah-mudahan..InsyaAllah.. (^_^)

Di sini, ingin saya kongsikan sedikit pesanan Rasulullah dalam khutbah terakhir baginda iaitu 
(rujuk gambar di bawah) :


*sampaikan lah walaupun sepotong ayat*

Saya ingin tinggalkan kalian dengan lirik dan video di bawah ini.
Marilah kita hayati bait-bait daripada lirik ini dan muhasabah diri dengan kata-kata dalam video yang saya paparkan di bawah.

Ya Rasulullah…

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu


~Detik terakhir Rasulullah sebelum kewafatan baginda.
 
#Part 1#



~Detik terakhir Rasulullah sebelum kewafatan baginda.

#Part 2#


p/s : 3 gologan yang tidak dapat melihat wajah Rasulullah S.A.W:

1.  Orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.
2. Orang yang meninggalkan Sunnahku  (Jalanku).
3. Orang yang tidak berselawat keatasku apabila disebut  akan namaku pada sisinya.
(Jauhar Mauhub ; m/s 305)


Tuesday, January 22, 2013

TAWARAN DOMAIN PERCUMA UNTUK BLOGGER

Salam 1 Blogger kepada semua pembaca budiman...

Korang nak tukar url blog korang jadi .my tak? kalo nak sila baca pengumuman yang kat bawah ni : 

Perhatian kepada pelanggan Asiahost,

Kami amat berterima kasih keatas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf keatas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.
Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia"

Dah baca? so kalo korang nak jgn malu malu sila daftar ok.
Untuk tutorial sila rujuk sini
|
|
|
V




Paling penting untuk dapatkan percuma sila gunakan promotional code "belia"
Masukan url yang korang nak kat link bawah ni sama masih available atau tidak 
contohnya : ceritakami.my  

Sila Check & register kat sini : Daftar Domain Percuma

* UPDATE : HANYA TINGGAL 500 KUATA SAHAJA LAGI

SUMBER PERKONGSIAN BERSAMA =)

p/s : sharing is caring :) harap korang share la dgn kawan-kawan blogger yang lain ya..kalau nak copy pun boleh tapi backlink taw..hehe..baru la nampak perkongsian sesama blogger..


Wednesday, January 16, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN UiTM SESI AKADEMIK 1 2013/2014 ~ PENERAPAN, PLK,PROFESIONAL~




PERMOHONAN KEMASUKAN UiTM SESI AKADEMIK 1 2013/2014 ~ PENERAPAN, PLK,PROFESIONAL~ | Sukacitanya, di maklumkan bahawa permohonan online ke UiTM bagi program Penerapan, Profesional dan PLK (Pengajian Luar Kampus) telah di buka mulai 14 Januari 2013.

Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat permohonan untuk kemasukan ini.


Tempoh permohonan online dibuka adalah dari 14 Januari - 31 Mac 2013. Tarikh tutup permohonan online adalah pada31 Mac 2013 (Rabu). Untuk keterangan lanjut SILA RUJUK IKLAN INI sebelum membuat permohonan.

SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:

● Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
● Warganegara Malaysia.
● Memenuhi syarat status Bumiputera.
● Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
● Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu 
prosiding jenayah terhadapnya.
● Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN 
memohon kecuali pelajar UiTM.


Bicara Mahasiswa : Tuntutlah ilmu selagi nafas belum berhenti. Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur. Selamat maju jaya kepada bakal pemohon yang akan ke menara gading.

SILENCE DAY OF THE WEDNESDAY#7 - AKHLAK ITU BUNGA DIRI


Ini adalah Silence Day Of The Wednesday yang pertama pada tahun 2013 ^_^

♥♥ AKHLAK ITU BUNGA DIRI ♥♥

ZyraRoxx's Blogbuster


...Menampilkan blogs hebat masakini, sapa yang join otomatik hebat, kehkeh...
* KATA-KATA SEMANGAT DARI MISS ROBOT ZYRA.eh! :p *

Camat malam guys! (=
*wah! tetibe gua ase cm jd budak tecik lak ckp cenggini.hiks*

Hari ini,saat ini..wa rase rindu tahap gaban kat geng gua yang
gila2 neh..eh2! semacam je wa nie..haha..
Seperti mana yang korang taw, dia adalah 
seorang blogger doodle robot yang comel..wa habaq hang!

Sebenarnya, segmen budak Roxx Kapak nie dah berakhir
semalam..Nak dijadikan cerita, wa baru jumpa segmen nie setelah blogwalking sensorang tadi..
sadis sungguh xde orang nak teman wa jenjalan.. =p

Tempoh bersegmen : 30.12.2012 - 15.01.2013

Melepas le wa nak join..hareem baru jumpa..lu orang nak tau dak
saat wa baca tarikh tutup tadi wa menitiskan sebutir dua air mata.
Sedih punya pasal..sobs..sobs..
(sambil lap air mata guna tisu)

So, entry wa kali nie lebih kepada menyokong beliau dari 
belakang je la..Harapan wa semoga beliau terus maju je hadapan bersama Inche Shawn Anjasmoro beliau yang tersayang.ehh..
hehehe..

Tetibe perasaan sedih, kuciwa, dan rugi menerpa diriku..
Sebab syarat dia simple giler..kompom la korang pun bole wat..
Tak caye?? tgk kat bawah nie..wa tempek kasi melekat kat sini.

Cara cara menjoin:

 1. Follow dan like page gua satu keperluan, bagi memastikan gua tak keseorangan, sadis tak ayat gua :p
 2. Buat satu entri bertajuk "ZyraRoxx's Blogbuster" tajuk laen gua maleh layan, hekhek
 3. Lekat sticker gua kat atas tu. (http://i.imgur.com/Jx1bM.png) dan linkkan ke entri ini.
 4. Letak link entri ke komeng post ni.
 5. Gua bertambah sayang kalau lu merajinkan diri folow blog RKG ni, sumpah tak rugi baqhang ;)

Apa pekdah yang boleh didapati? Lu bakal dapat ramai geng blogger baru dan 6 blog yang gua terbekenan bakal masuk bloglist gua permanent. permanent ok, gua malaih nak tukar2, hehh tanak ke masuk bloglist gua hem? hem?

*barangsiapa main tipu, tak folow gua, gua sumpah blog beliau jadik cengkerang kura-kura, ping!

senarai Blogbuster™ yang dah join 


p/s : papepun wa ucapkan tahniah le pada bakal permanent blogger yang tersenarai dalam bloglist  ZyraRoxx Star nie.
Gud luck naa!

"Chalo bete! O'yasumi nasae' Papai ! Tatatititutu..Cheerio"
Jom masuk tito tomei...daa...(^_^)v



Monday, January 14, 2013

AdaMu ♥♥♥

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia


Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu





Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Friday, January 11, 2013

TONTON ONLINE DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 80 (AKHIR)


Tonton Online Drama Adam dan Hawa Episod 80(AKHIR)| Akhirnya Drama Adam dan Hawa sampai ke kemucaknya. Bagi  yang mungkin tidak sempat menyaksikan episod 79 boleh menonton di sini.

Sedikit sorotan episod semalam "Dee mengalami sakit pendarahan. Mungkin Dee keguguran. Muzaffar sangat risau dan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Am membelikan Ain cincin sebagai tanda ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9. Ain cuba menolak tapi dipujuk oleh Am."


Tonton Online Drama Adam dan Hawa Episod 80 ( AKHIR)

Sinopsis Adam Dan Hawa Episod 80

"Sebelum Ain bersalin, sempat jugak Ain hadir ke majlis pernikahan Johan dan Azie.Sambil ditemani Am,Ain selamat melahirkan baby perempuan yang comel bernama Arissa Nurashiqin Binti Adam Mukhriz."


Bagi yang telepas untuk menonton Adam Dan Hawa episod akhir secara live di Astro Mustika (HD) bolehlah menonton di video yang saya kongsikan di bawah. 




SUMBER PERKONGSIAN DRAMA ADAM & HAWA
SELAMAT MENONTON..(^_^)

ANDA JUGA BOLEH DAPATKAN FULL EPISOD DI SINI..