Monday, December 31, 2012

KONTINJEN MALAYSIA JUARA KESELURUHAN


Tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan mereka apabila berjaya .merangkul
gelaran juara keseluruhan dalam Asean University Games (AUG)...
Syabas betei untuk semua atlet dari Malaysia..

You are number one!! Yeah!! 
Anda dah buktikan pada Malaysia yang Malaysia mampu dan layak menjadi
juara..keep it up!

Kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang 60 pingat emas, 48 pingat perak dan 72
pingat gangsa..Jumlah keseluruhan pingat yang dibawa pulang untuk negara tercinta
adalah sebanyak 180 buah pingat.

Untuk mengetahui jumlah pingat yang di pungut oleh negara-negara lain yang bertanding,
anda boleh la ke sini.

Kita juga boleh mendapatkan maklumat tentang acara yang disertai dan dimenangi 
oleh para atlet dari kontinjen negara kita dan juga negara yang menyertai 
Sukan Universiti Asean di sini.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua atlet kerana sudah mengharumkan 
nama Malaysia diseantero dunia.

Kejayaan ini akan menjadi kenangan dalam tahun 2012.

Semoga tahun 2013 akan memberi sinar dan harapan
yang cerah kepada kita semua.InsyaAllah.
Selamat Tahun Baru semua..


p/s : semoga kita dapat mengecapi kebahagiaan dan kecemerlangan pada tahun 2013.
Jangan mudah berputus asa untuk mendaki tangga kejayaan.
(^_^)v

That's all from me for the year 2012.
Welcome 2013.
Peace Yaw! (^_^)
..2012 in memories..



SISTEM E-RAYUAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013

Sistem e-Rayuan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 | Untuk pengetahuan  para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tingkatan 1 pada tahun 2013, sebuah sistem e-Rayuan ke SBP telah dibuka kepada mana-mana pelajar yang tidak berjaya pada peringkat pertama. Dengan sukacitanya Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia , memaklumkan bahawa Rayuan ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 24 Disember 2012.


Proses rayuan pelajar 

Pelajar di kehendaki untuk memasukkan angka giliran UPSR mereka untuk membuat rayuan
tersebut. Untuk ke bahagian  sistem e-rayuan pelajar boleh klik di sini

Form seperti di bawah akan muncul apabila anda klik link ini


#Sila pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon.



TO BE A DETECTIVE






TO BE A DETECTIVE | Yezza!! I want to be a detective..hehe..
Now, I just be an unofficial detective..haha..Penyiasat persendirian la kiranya..pun bole kan?
Hoho ^^
Nak kata macam James Bond tidak juga, sebab beliau adalah seorang ejen penyiasatan dari
 Ejen 007..
Sebenarnya,sejak dari bangku sekolah lagi aku suka menyiasat sesuatu yang belum pasti
 kesahihannya. Dan atas sebab itu juga lah aku akan memulakan penyiasatan apabila 
merasakan jawapan yang diberi tidak memuaskan hati.




Apabila aku sudah menemui bukti-bukti yang menunjukkan kesahihan sesuatu perkaraatau masalah itu..Aku tidak 
akan terus membuat kesimpulan sewenang-wenangnya.
Sebaliknya, aku akan merujuk pula kepada orang-orang yang tertentu dan berkaitan dengan kes itu supaya dapat membuat kesimpulan yang sewajarnya. 
Bak kata pepatah, " Berfikir dahulu sebelum bertindak ,
bukan sesudah bertindak baru nak berfikir ".




Kita perlu lah menimbang menolak mendarab membahagi 
sesuatu perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada anda
 dan juga hidup anda.Jangan mudah menuduh, menghukum 
danmenunding jari kepada orang yang tidak pasti bersalah
dalam sesuatu  perkara.

"Don't judge a book by its cover, you don't know what
they have been through".

Sesuatu keputusan yang kita buat itu perlu lah di teliti dengan 
adil dan saksama supaya keputusan itu tidak mendatangkan 
perasaan buruk sangka dan membawa padah di kemudian hari.

Be a professional detective okey! (^_^)v
So,apabila dah mendapat kata sepakat dari semua pihak dan
setelah menjalankan siasatan itu,kita pasti akan mendapat
keputusan yang kita kehendaki.
Always think positive! InsyaAllah you can archive your 
target in your life.



p/s : jangan bertindak terburu-buru ,nanti buruk padahnya.Sebaliknya,berfikir lah sebelum bertindak =)


KISAH CINTA ZARIL DAN ISYA - TRUE LOVE



Assalamualaikum..
Salam 1 Blogger..Sekarang ni mood aku nak kongsikan kisah cinta jew..hehe..
Korang nak tau tak cerita nie?? Meh aku ceritakan. Tak kisah la korang nak kew tak nak...aku tetap nak story mory jgak...hahaha...kali nie aku nak hidangkan kepada korang semua tentang sebuah kisah cinta yang betolterjadi di alam realiti nih....Okey lah, tanpa berlengah lagi mari kita selami
jiwa mereka..Cinta yang suci.Mereka dipisahkan dengan ketentuan takdir.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Zaril dan Isya berkenalan sejak dari sekolah menengah lagi..sejak mereka form 1 lagi...tapi dorg dapat mengecapi kebahagiaan selama 2 tahun lebih jew..sebab cinta dorg berakhir dengan sebuah kejadian tragis..cinta Zaril dan Isya diragut dengan sekelip mata...sebab ape?? Ketika mereka menyulam kasih, Zaril mendapat khabar berita yg Isya menghidap kanser...Sejak itu,Zaril sentiasa ada bersama Isya untuk mengembalikan semula semangat dan senyuman Isya ketika menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang tidak tahu sampai bila...Sejak perkenalan mereka dulu, Zaril dan Isya mula menjinakkan diri dorg dalam bidang muzik iaitu dengan bermain gitar..Kadang-kadang mereka jamming bersama-sama di studio ketika waktu senggang..best kan dorg..mempunyai minat yang sama..huhu..
Sampai suatu ketika..Isya berada pada tahap yang kronik..tetapi dia masih lagi mampu memberikan senyuman yang manis kepada semua orang walaupun ketika itu Isya terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat..hanya Allah jew yang taw betapa menderitanya Isya ketika itu..kesian Isya...tetapi Allah lebih sayangkan Isya...semasa Isya form 3 dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di bumi yang fana ini...mungkin itu adalah yang terbaik buat Isya...setiap kejadian yang berlaku telah pun tertulis dan pasti ada hikmah disebalik semua nie kan...seminggu sebelum Isya menghadap Ilahi dia telah menyanyikan sebuah lagu kepada Zaril..lagu itu adalah lagu terakhir yang Zaril dengar dari pengarang jantung hatinya..lagu Sayangku dimelodikan oleh Isya untuk Zaril.Semasa di bangku sekolah ramai kawan-kawan Zaril dan Isya mengadu pasal masalah cinta dorg dan kekecewaan yang dorg alami kepada Zaril dan Isya..Oleh itu,mereka berdua mencipta lagu cinta untuk member-member dorg..sweet sangat masa tue..Now,semuanya da jadi kenangan kepada Zaril..hari berganti hari,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun...tup2 da 10 tahun rupanyer Isya sudah tiada di sisi Zaril...Zaril selalu rasa macam baru semalam dia bertemu dengan kekasih hatinya, Isya..tapi semua itu hanya ilusinya semata-mata kerana terlalu merindui Isya...dia sentiasa memanjatkan doa kepada yang Maha Esa supaya roh Isya aman dan tenang di sana...aku doakan semoga Isya ditempatkan bersama insan-insan yang beriman dan solehah...
Kalau korang nak tau sampai saat ini Zaril masih lagi mencintai Isya...hanya Isya yang bertakhta di hatinya..tiada orang lain...Zaril telah merelakan pemergian Isya dengan hati yang ikhlas dan redha..tetapi ketika dia merindui Isya aku tataw apa yg harus aku bantu..aku hanya mampu memberikan kata-kata semangat untuk Zaril meneruskan hidup ini..aku suruh dia sedekahkan surah Yaasin kepada arwah Isya supaya hatinya kembali tenang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



p/s : Kadangkala kita kena belajar untuk melepaskan seseorang yang kita
sayang dengan rela hati. =')

SEGMEN : LOVE STORY MORY BY MISZ HAHAHA



Salam 1 Blogger dan selamat malam semua =)

Setelah sekian lama aku tak join segmen...
 Oleh itu,pada hari ini..kali ini...malam ini..saat ini...
Aku akan meng'join'kan diri dalam sebuah segmen moment 
yang di anjurkan oleh Misz Hahaha iaitu 
"SEGMEN : LOVE STORY MORY BY MISZ HAHAHA"
http://miszhahaha.blogspot.com/2012/12/segmen-love-story-mory-by-misz-hahaha.html
BANNER YANG ENSEM KATA TUAN BLOG..HEHE ^^


Untuk menyertai segmen ini anda boleh ke sini...
"korang kene citer pasal kisah cinta korang dengan pasangan korang ,kisah cinta lepas kawen pun boleh ,kisah cinta dengan ex pun boleh.." ~ Misz Hahaha
Kisah cinta ea Misa Haha..hehehe..Sebenarnya,aku tatau nak mulakan macam
mana kisah nie..kuikui..maklum la dah lepas pun kisah carca marba bercintan cintun nie..
Disebabkan nak hilangkan kebosanan malam nie punya pasal,
aku pun sertai lah segmen nie..Okey,let's start the journey !

###########################################################

Pada awal perkenalan kami hanyalah sekadar kawan biasa..just happening and jadi gila-gila macam dengan kawan-kawan yang lain..sesuka hati kami je nak panggil apa.Maklum la aku nie suka mengusik orang..Bila datang mood nakal aku semua orang aku nak kenakan..haha..Dekat sebulan berkenalan,dia sentiasa ada dengan aku sama macam abang aku..masa aku sedih,gembira..kira setiap masa lah dia ada..abang aku lain la dah dia abang kan..mesti la jaga adik dia sebaiknya..Pada suatu hari,aku ditinggalkan oleh seseorang dia dan abang aku banyak bagi sokongan..Dah la masa tu aku tengah final exam..huhu..aku malas nak cerita semua..hehe..peace (^_^)
Sebab nie nak cerita tentang aku dan si dia..

Pada 27 Mac 2012.Detik itu kami confess perasaan antara satu sama lain.
Dia telefon aku cakap dia suka aku..dalam masa yang sama tanpa aku sedari aku sudah mulai jatuh cinta dengan sikap dan dirinya.

Aku ingat lagi pada 1 April aku ada buat kejutan kat dia..Aku text dia kata aku jatuh dan mengalami luka yang dalam.Sebenarnya aku sengaja buat begitu sebab aku nak buat April fool kat dia..haha (dan ini adalah April fool yang terakhir aku buat sebab setelah itu aku dapat tau umat Islam tak boleh buat April fool)
Apabila dapat tau aku jatuh dia risau sangat..dia kata nak datang jumpa aku kalau aku teruk sangat-sangat..jauh tu..masa tu aku menuntut di pantai timur dia pula di selatan ..
Aku kata kat dia " awak tak perlu datang ..saya okey..sebenarnya saya jatuh cinta kat awak..hahaha" . Dia nak marah aku tapi tak jadi sebab aku kata April fool..
senget tak aku?? suka sangat menyakat orang..ekeke

Sejak itu kami sama-sama berkongsi suka duka bersama..Kami berinteraksi seperti biasa seperti orang yang dah kenal bertahun lamanya..Sampai ada satu hari tu,
dia menangis sebabnya aku ada trip ke Indonesia. Macam-macam dia pesan kat aku..
Jaga diri baik-baik..Jangan lupakan dia lah dan macam-macam lagi..ish3..
Kadang-kadang aku rasa dia tu macam budak-budak pun ada.Mungkin dia risau sangat
kot..huhu..Nama pun orang yang disayangi kan.



Suatu hari tu kami bergaduh sampai nak putuskan hubungan dah..Tapi dapat diselamatkan setelah keadaan
kembali reda.Kami mengakui salah masing-masing.Selepas kejadian itu,hubungan kami kembali normal.

Hubungan yang telah terjalin selama 7 bulan 7 hari itu akhirnya ranap musnah dengan sekelip mata.
Tanpa aku ketahui sebab dia..Katanya,aku dah gagal dalam ujian dia.Apabila aku telefon dia tanya apa ujian tu.
Is berikan macam-macam alasan..Pertanyaan aku tak dilayan.Aku tak tahu apa salah aku.
Sebelum perpisahan ini terjadi aku pernah kata kat dia
" Kita jadi la macam dulu macam kawan-kawan
lain..lagi best". Aku juga pernah kata
"awak lepaskan lah saya kalau awak anggap saya nie
beban dalam hidup awak". Kata-kata itu hanya untuk menguji sejauh mana dia menerima aku seadanya.Dia
kata dia tak nak sebab dia sangat sayangkan aku.Tapi
panas yang disangkakan sampai ke petang, tiba-tiba hujan
di tengahari. Kami berpisah juga akhirnya.

Sampaikan kawan dia tanya "Aleesya dengan Iskandar
okey tak nie?"
Nape Is buat status macam orang putus cinta jew.Aleesya keruan..
tak tahu nak jawab apa.
Aku hanya menangis.Dah dua kali aku rasa macam ni..Perasaan ditinggalkan oleh orang yang aku sayang.
Masih segar di ingatan kata-kata yang diucapkan oleh Is
"Aleesya,awak lupakan lah saya"
Akhirnya,aku cuba untuk lupakan dia.Hari demi hari,bulan berganti bulan..aku redha dengan ketentuan ni.
Aku menguatkan semangatku dengan berkata "sebelum dia ada aku boleh hidup,sekarang dia dah tiada dalam hidup aku
mesti aku boleh hidup tanpanya juga". Setelah kejadian itu,
aku belajar untuk melepaskan dia dari hidup aku.







Kami bercinta dengan keadaan jarak jauh.Mungkin sebab itu susah untuk dipertahankan.
Apapun semua nie dah jadi sejarah dan tinggal kenangan.





Mulai hari itu,aku berjanji pada diri aku bahawa aku tidak akan menerima sebarang
perasaan cinta melainkan cinta dari Ilahi..Aku berdoa agar Allah temukan aku  dapat bertemu dengan pemilik tulang rusuk aku yang sebenarnya apabila sudah tiba masanya nanti.



~TAMAT SUDA KISAH INI~

############################################################

p/s : okey,dah2..cerita dah habis.jangan nangis..kalau ada yang nangis
tu amek tisu lap air mata tu..
Jangan menangis kerana lelaki dan orang yang tak menghargai kita okey..
Kita tak rugi apa-apa kalau ditinggalkan.Mereka yang rugi sebab tinggalkan kita..heheh.



Ingat,jangan rasa diri kita bersendirian,
sebab Allah sentiasa ada bersama kita dalam semua situasi,
Dia tak pernah tinggalkan kita.. =)


SMILE ALWAYS (^_^)v


"KEJARLAH CINTA ALLAH DARIPADA KEJAR CINTA MANUSIA.
CINTA YANG SEJATI SUSAH DITEMUI..KITA KENA TEMPUHI PELBAGAI
CABARAN SEBELUM MENEMUI CINTA ITU..
CINTA ITU MILIK ALLAH..JADI SERAHKAN SEPENUH CINTA KITA KEPADA
ALLAH..INSYAALLAH BAHAGIA MILIK KITA."

Friday, December 28, 2012

CARA UNTUK MENDAPATKAN KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)


Salam 1 Blogger dan Salam Jumaat..
Adakah anda sedar bahawa hari ini merupakan hari
Jumaat terakhir kita pada tahun 2012??
28 Disember 2012..
Hari yang indah dan penuh rahmat ini disusuli
dengan hujan di kawasan pantai timur..

Oh,ya kembali kepada main point kita
yang sebenar iaitu mengenai KADS1M
(Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia)
Tak mau cakap banyak,jom kita straight to 
the point.Bagaimanakah
cara untuk mendapatkan KADS1M ini?? Sebelum itu,
saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang
Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ini.


Apakah tujuan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia di wujudkan?

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas)
  • Pengajian sepenuh masa.
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

Ini adalah rekabentuk KADS1M.


DI BAWAH ADALAH SOALAN LAZIM YANG DIUTARAKAN OLEH MAHASISWA :-


  1. Apakah tujuan KADS1M diwujudkan?
  • KADS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
  • Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
  • Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

  1. Siapakah yang layak mendapat KADS1M?
  • Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.
  • Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.

  1. Berapakah berapakah bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan KADS1M?
  • KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia.
  • Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad gantian / kad yang hilang.

  1. Bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan KADS1M dan berapakah bayaran yang dikenakan?
  • Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing.
  • Kementerian / Agensi / IPT berkaitan perlu mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KADS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa dan Tahun Tamat Pengajian).
  • KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang / gantian.
  • Carta alir penyaluran KADS1M ialah seperti berikut:
  1. Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan KADS1M?
  • Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapat diskaun di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
  • KADS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran.Tempoh sah (validity) KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.

  1. Apakah syarikat yang menawarkan diskaun, berapakah kadar diskaun dan syarat-syarat yang dikenakan?

  1. Apakah faedah yang diperolehi oleh syarikat yang menyertai KADS1M dan bagaimanakah syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?
  • Penyertaan syarikat adalah di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat masing-masing.
  • Kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan syarikat dalam inisiatif KADS1M
  • Syarikat yang menyertai KADS1M akan dilibatkan dalam program / acara promosi bersesuaian yang dijalankan oleh KDPNKK dan Bank Rakyat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

  1. Bagaimanakah syarikat-syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?
  • Syarikat yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi proses selanjutnya
  • Carta alir penyertaan syarikat ialah seperti berikut:



Bagi syarikat yang ingin memohon Kad Diskaun Siswa 
1 Malaysia ini mereka boleh melayari laman sesawang di bawah ini.

(klik url ini untuk memuat turun borang permohonan bagi syarikat.

Untuk keterangan lanjut,anda boleh melayari laman web ini.





Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com?




Salam 1 Blogger kepada pembaca yang setia dan budiman. Kali ini aku curi masa pada waktu malam yang hening dengan percikan air hujan yang jatuh berjurai-juraian di atas perut bumi yang indah ini untuk mengarang sepatah dua kata untuk Hyper Contest oleh Taiko tai blogger Apakah iaitu MK Syahir..perut bumi yang aku maksudkan di atas adalah sejenis rumput di atas tanah..haha..okey,aku merapu sudah..
Panjang lak pembuka selera aku neh, dengan ayat yang panjang tanpa setitis noktah pulak tu..err..
Tak percaya korang tengok ayat kedua..

Hari ini, tepat pada pukul 11.50 malam aku bertabah untuk memulakan penggembaraan untuk mereview blog Mk Syahir untuk pertama kalinya.Bukan tak pernah review blog sebelum ni tapi agak kekok sedikit sebab dah lama tak mereview blog orang..Al - maklum la seperti yang kita tau blog akan direview ni adalah blog Taiko Malaya..haha..hyperbola betol aku kasi gelaran kat blogger ni kan?? Ade aku kesah?
Hahaha..Be serious okey..Let's begin our journey.Hoyeeah!

Sebelum apa-apa terjadi aku nak habaq kat ampa semua kat bawah nie adalah banner untuk 
SUPER DUPER HYPER CONTEST yang di anjurkan oleh Taiko Malaya...
Gelaran ini hanya valid untuk beberapa ketika cuma.Untuk menyertai contest ni korang boleh klik url
yang tertera di bawah ya kawan-kawan..Jom tangkap peluang keemasan ni..Hadiah dia bukan main lumayan sungguh..Nanti korang terbang la ke istana hinggap Apakah okey?Naik je pesawat Boeing 727.
Tambang sudah pun dijelaskan semuanya.



http://www.mksyahir.com/2012/12/contest-ada-apa-dengan-blog-mksyahir.html


Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com??  Ada istana? ada lawak jenaka yang mencuit hati? Ada info semasa?Ada gambar yang menarik tak? Ada..Habaq mai ja..sekali klik semua keluaq.

Blog Apakah ni ada keunikan yang tersendiri.

Mungkin anda ada jumpa di blog rakan blogger yang lain..tapi tetap tak sama.serupa tapi berbeza.




Dari segi penyampaian input untuk pembaca,pemilik blog ini selesa dengan 
penyampaian yang bersahaja,santai,sempoi dan yang penting apa yang disampaikan 
boleh membuatkan kita bermain denganpelbagai emosi seperti sengal ubi kayu,
tersenyum kambing sorang diri,tergelak sakan bagaikan nak tercabut 
anak tekak dan terkeluar isi perut, merapu,loqlaq,cengeng..semua la ada..haha..
yang cengeng aku tak sure.
sbb aku tak pernah cengeng kesedihan kat blog beliau..haha..okey aku tetap aku..eh..stop!! jangan meraban yana..

Aku suka blog beliau sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke mahligai 
yang indah ini.Aku kenal beliau 
sejak beliau mula bertatih dalam dunia blogging ni..Beliau mula berblog pada 
tanggal 13 Mac 2012.
Ketika itu,beliau masih bertatih bagaikan bayi yang sedang belajar bejalan
 dalam dunia blogging yang 
penuh dengan ilusi,fantasi,realiti dan keseronokan. Beliau gigih menerjah ke
 satu group blogger ke group
 blogger yang lain untuk mendalami ilmu berblogging ni sampai la dia
 berjaya mencipta satu group blogger 
yang di terajui olehnya sendiri iaitu Blogger Apakah?.

Sekarang beliau sedang mendaki tangga ke puncak kejayaan dari langkah pertama 
dan seterusnya.
Blog beliau sudah melonjak naik dari satu tahap yang samar-samar kepada
 tahap yang lebih baik.
Dari mengesot dah boleh merangkak,dari merangkak dah boleh berjalan,
dari berjalan dah boleh berlari dah sekarang.

Aku rasa beliau sudah menghampiri kejayaan tersebut..mungkin beberapa langkah lagi beliau akan mendapat kunci mangga kejayaan tersebut.Cuma apabila korang
 tengok beliau jarangupdate kebelakangan ini bukan bermakna dia berpaling
tadah dari dunia seorang blogger
 tapi beliau sedang menyesuaikan diri dalam dunia baru beliau sebagai seorang yang bekerjaya. 
Aku harap dia dapat membahagi masa dengan sebaiknya.Cool and chill bro..I know u can..yezza!

First time, masuk kat situ aku dah jatuh cinta kat kata-kata beliau..Oh,indahnya waktu itu..ekeke..
macam orang dilamun cinta lak..
Meh sini nak paparkan kata-kata beliau yang mencuit hati pacal yang hina ini..
Tadaa !!!


"Biar muka hodoh asal hati cantik, Biar miskin harta asal kaya ilmu, 
Biar kulit kasar asal budi bahasa lembut,

Biar perut lapar asal rohani kenyang, Biar orang benci asal Allah sayang =)"




Cun melecun tip top meletop habaq hang..100 bintang untuk beliau..

best kan kata-kata nie..

Syabas betei aku ucapkan sebab beliau dah sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat

 tak sampai pun setahun.

.Ada blogger tu susah nak menonjol dalam dunia blogging sebab mungkin 


mereka terlalu menceritakan hal peribadi sahaja dan tidak mempunyai

point untuk menarik hati orang untuk membaca..So,sebagai seorang

blogger kita perlu la siasat citarasa para blogger sekarang ya..apa yang mereka mahukan 

dan macam-macam lagi..ingat..bukan blogger dari Malaysia je yang baca dan jumpa blog 

kita ni.Blogger negara lain pun akan masuk ke blog kita melalui search engine untuk 

mencari input tentang sesuatu perkara. Contohnya, Indonesia,Singapura,Russia, Kanada..



Sekarang masa untuk mengkritik pula. Okey,first of all..aku mintak maaf ye kalau kata-kata aku agak pedas seperti cili padi.. Aku rasa blog beliau memberat dengan widget yang banyak itu.Sebab apa aku cakap macam nie? Sebab apabila loading blog beliau memakan masa yang agak lama juga untuk mengeluarkan keseluruhan isi blog tersebut. Mohon buang widget yang dirasakan tidak penting..sebab berat blog memainkan peranan penting..kalau blog korang lambat loading,kebarangkalian user meninggalkan blog anda

adalah 87.89%..ini mengikut kajian para otai blogger.

adangkala,blog yang lambat loading ni akan membuatkan pengunjung blog kita menekan button pangkah (X) dengan lebih cepat.Erm my opinion,button SHARE IT  kat blog beliau tu  perlu diubah kedudukannya,  just letak share it kat bawah entry sudah memadai. Ang paham dak apa yang aku cuba sampaikan nie? Kalo tak paham cuba pahamkan jugak okey..Then, kurangkan entry per page..dalam satu page tu just letak 3-5 entry je..lebih sikit lebih elok..memudahkan proses loading.Bab komen,dah oke sebab beliau dah guna pop-up komen. Oh ya, lagi satu an kita kena selalu timbang berat blog kita kat Website Speed Test di sini ...

tak pun kalau korang sudah biasa dengan website lain untuk menimbang blog korang..so,timbang la di situ ya. Ada orang kata dengan buat tab page pun akan meringankan blog kan..Erm..last but not least,aku cadangkan untuk exchange banner tu jadikan dia page tab..senang cket nak wat exchange banner..xde la menepek sensorang dia kat bawah..kesian lak aku tengok..hiks..mohon angkat takhta beliau ke atas ye Taiko Malaya..hehe..


Apa yang aku kata kat sini adalah untuk peringatan aku sendiri juga.
Bak kata pepatah Inggeris,
  Sharing is caring..hehe..
Bak kata seorang blogger,
"share your knowledge,it's a way to archive immortality"...

Lagi nak tulis apa ya?? Ermm..jap nak pikir..asenye cam xde dah kot..hehe..nak kasi kata semangat la pulak..hehe..kemainnn dia..Aku harap blog Taiko Malaya kami ni akan lebih maju dan pesat membangun
 pada masa akan datang.InsyaAllah..Sekian dahulu coretan dan contengan dari insan yang kerdil ini..
Tak mau mengarang dah takut meleret-leret pulak nanti..pastu terlepas waktu tido..nie kira nak dekat
 empat jam dah  aku bertabah untuk mengeja dan menaip setiap patah perkataan gerpak
mentelaah blog MK Syahir ni..kiranya kalau hantar untuk exam BM nie mst lulus kan..siap
boleh dapat A+ kot..ekeke..dah lebih 360 patah perkataan aku kira..haha..okey aku tipu je :p
aku tak kira pun sebenarnya..malas!teettt...semuanya kerana contest ini semata-mata..Dengan
ini aku minta izin untuk mengundurkan diri buat seketika..Sekian sahaja,review yang panjang
lebar dari aku untuk taiko malaya nie..wabillah hi taufik wal hidayah..Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..sekian,terima kasih..

Pesanan dari penaja Skuad Cakna :
Makanlah biskut Tiger dan minum milo untuk menambahkan tenaga anda yang sudah hilang..
ekekeke..Majulah blog untuk negara dan semua.. ^^ peace yow!

"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh 
blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.com,
 babyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.com,
 fuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.com,
haiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.my,
 queachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com

P/S: Abg Syahir, nie Yana review dari jantung blog tau..hehe..xde la..nie just
 dari pandangan Yana jew..apa yang Yana nampak n apa yang terlintas di minda 
dan hati Yana tulis belaka..haha..Yana minta maaf kalau terkasar bahasa dalam
entry nie..hehe..layann naa..zass =p



kamus dewan edisi ke-3 ..perkataan gerpak = sekaligus


Mak cik google yang tolong lukis td..hihi