Monday, December 12, 2011

Cahaya Petunjuk llahi =)



Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi


Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan


Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi


Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

Sunday, December 04, 2011

IbUKu SeOrAnG PeMbOhOnG???


Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian..

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, sayamelanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu...maafkan saya...saya sayang ibu sangat2 <3 :'(

Saturday, December 03, 2011

CoNtEsT CaNDid TiMe

Assalamualaikum...Salam 1 Blogger..
Hye si cantik dan si kacak..
Now,yana kembali lagi dengan "CONTEST CANDID TIME"
hehehe...
^_^

Yana kene tag ni sebenarnya..
orang yang tag yana tu adalah ex-roomate kesayangan yana..
nama dia Shazeeya Sawal a.k.a Dea or Kak Long..
hehehe..
nie orangnya..

oke la..now jom kita proceed contest nie..
Nie dia banner "Contest Candid Time" by  MuNa RahImAh
 
kalau nak tau maklumat yg lebih detail pasal contest nie klik kat nama Muna Rahimah yang kat atas ni..

Oke,syarat-syarat untuk join contest nie adalah :-

Syarat syarat untuk menyertai contest ini

Wajib follow blog muna supaya senang untuk mengetahui perkembangan contest ini .
#Buat satu entri tentang contest ini bertajuk 'CANDID TIME CONTEST'
#Letak banner dekat atas tu dalam entri yang korang buat .
#sertakan satu gambar 'CANDID' korang . tak kisah beramai ramai atau individu .
#Tag 2 orang dan wajib inform dekat diorang tentang contest ini
nie copy pasta je dari owner blog sbb yana malas nak salin semula..hehe..

oke..sekarang yana nak tunjuk gambar candid untuk contest nie..
jeng..jeng..jeng..


# <3with my lovely fwenz <3 #

yana nak tag 3 org la walaupun pemilik contest suh tag 2 org je..hehe..
==> Farid Boboiboy
==> Yayan (Izyan Masri)

Good Luck!!!
Thanks for support and reading guys..
\^_^/
||
/ \





Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday.. = MoTiVaTiOn =


WE MUST MOTIVATE OURSELF!!!
\^_^/

Thanks for readings and support..
Smile Always.. (^_^)v

Thursday, November 17, 2011

SaTu AmAnAh


Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati untuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..

Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..
==> Buat teman-temanku yang dikasihi<==
Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah..
(^_^)v
 
 

Sunday, November 13, 2011

~~ EnTrY MuSaNg PagI bUTa KeMBaLi ~~

Assalamualaikum...
Hey,blogger cun melecun dan kacak bergaya..
Kamu belum tido lagi rupanya...ku sangka kamu sudah tido td..
Haa..yana kembali lagi untuk kali ke-2 untuk mengupdate entri pada pagi-pagi buta ini..
sekarang jam menunjukkan pukul 4.50 pg..
Nak dekat pukul 5 weyh...
Asal la mata aku nie segar bugar ag..
Penangan aku tido petang tadi kot..
agagaga....
aisey...skunk aku sedang bersembang dan berlawak jenaka dgn 2 orang makhluk dr planet pluto yang tersesat..
mereka adalah Incik Remaja Power a.k.a Ezad Amir
dan juga Cik Anayue a.k.a Norma Samarudin...
kuikuikui...
pagi nie kami menjadi seperti musang mencari makanan untuk di santap..hakhak ^_^
sebab tu la tajuk entri nie Musang Pagi Buta..

aku rasakan entry pagi nie menjadi sedikit senget disebabkan aku berkomunikasi dgn org dr planet pluto tadi..waka..waka...che yeh..kikiki

ish..merapu ,meraban dah aku nie..
oke lah tanpa buang masa aku nak tunjukkn bukti aku bersembang bersama makhluk pluto tadi...

jeng..jeng..jeng..

||
||
V

 *Korg nak tgk dgn lebih jelas ag klik la gmbar nie utk tumbesaran yea..

Pelik ke x pelik itu lah kenyataannya...hahhaa

Chou Shin Cau..
Xie xie ni..

# xpernahku buat hupdate entri pagi buta..nie kira catat sejarah jgk la..hahaha... =p
meroyan,merapu,meraban bersama ezad dan norma best jgk..kikiki..(kiki lala xde..dorg da tdoq)

Thanks 4 support n readings... ^_^

Entry Pagi Buta (:

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger..
Hye si cantik dan si kacak..
Ade orang ag x yg ta tido nie??
Saat ini jam menunjukkan pukul 03:40 pagi...
Mata yana masih ag  ta ngantuk..tatau la nape..huhu..
nak sembang ngn kawan kat fb tgk sunyi je wall masing2..
tadi sembang ngn Mas Ahmad Safwan and Adibah Mazlan jew..
Now,dorg da tido dah..huhuhu...

Tangan nie terasa nak upload gambar lak..
heheh..nie  yana tnjuk status Mas tadi...
46 comment n 43 like..


huhuhu...tatau dah nak wat ape...
xde keje..nak wat report xde mood lak ..
adehh..sok kena gak cri mood wat report..masa da suntuk nie..
ayoyo...ku seru mood wat report..
datang lah..datang lah kamu...hehehe
sowie yea korg..entry tengah pagi-pagi buta nie ngarut2 cket..
Now,pkul 4.05 pagi yana tga nengok wall post yg Ezad Amir post kt fb yana n bls komen dr Mohd Zawani III (Zack) ..huhuhu
da xde idea n xde keje yana update je entry utk 13 November 2011...
lalalala ^_^

Oke la korg..
yana na out dulu...
Chao Shin Chi..
Babai..thanks for support n reading..
See you later...
Assalamualaikum..

 (^_^)v

JuSt FoR U My DeAr !!! (=


Assalamualaikum & Salam 1 Blogger =)
Hye my dearest readers...
I'm back again..
cewah..speaking lak yana nih...hehe..
ecece ade surprise lagi la dak nih buat..
ayoyo..sape lak mangsa yana kali nih yea..hikhikhik (^_^)

Nie yana nak wat surprise kat kawan baik yana sorang nih..
Today is her birthday!!
Korg nak tau ape yana wat kat dia??
Yana diam jea..ta wish pun bufday dia...
kejam tak yana??
hahaha...
cian giler kat dia..time dia tepon td pun yana wat tatau jek..
borak-borak n dengar je citer dia..
ta sebut pun pasal bufday dia nih..
ekekeke...weyh yana ta baek tau..
hahaha..bio ler..
mst dia kata yana ta igt bufday dia kan?? (mne ade yana lupe always ingat la..hehehe..pepandai wat ayt lak tuh)
Actually an,yana nak jadi orang terakhir sekali wish kat dia..
pada saat-saat terakhir 12.11.11 baru yana wish..
ahaks...i know mst ramai yg wish kat dia arini hingga la saat yana menaip nie...
sbb tue yana pilih nak wish last minute..
harap-harap jadi kenyataan..ngee (=
ishh...banyak songeh tol dak sowg nie..(ckp kat diri sndri..hehe^^)

Nak kasi ucapan cket kat bufday gegurl nie..
||
V

1) semoga panjang umo n murah rezeki selalu yea dear..
2) semoga berjaya dlm hidup di dunia dan akhirat..
3) be a gud girl,daughter,friend n muslimah..
4) jaga diri leklok tau..
5) semoga berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan kontraktor yg hebat..
6) nak hadiah x dak cik?? hadiah yang paling beharga yana ase ialah persahabatan kita nie..
so,yana kasi hadiah persahabatan ...
jap nak upload..hehe


7) terima kasih sudi berkawan dengan yana sampai saat nie...
yana harap persahabatan ni akan kekal sehingga akhir hayat kita..amin..insyaAllah =)
8) Berterima kasihlah kpd ibu yg telah membesarkanmu dan jgn sesekali lupa akn jasanya...
9) semoga hubungan korg kekal smpai ke jinjang pelamin...InsyaAllah.. ^_^
 agak2 betul x gambar nie??hehe..


Jom tgk kat bawah nie...



Ayu & Amy
Hehehe...sowie ta cantik..
tapi korg sweet sgt taw...<3

weee...
 Now,terimalah gmbar bufday untuk my bestie, AYU!!!
Happy Birthday,Cik Gegurl..hehe \^_^/


Disebabkan yana xde hadiah na kasi skunk nie yana bagi teddy bear nie utk bufday girl nie..

Nah ,amek la teddy bear nie..saya taw awk suke teddy kan??




#ihsan dr pak cik google..heheh..

*Yana harap ayu sudi terima hadiah yg xseberapa nie yea...hehe ^_^
sorry late publish...tenet wat hal td..

Babai..thanks 4 support n readings,guys..

yana tggalkan korg dgn quotes nie..








Friday, November 11, 2011

SPECIAL DAY!! (=

 Assalamualaikum... =)
Wassup,wassup!!
Hye,guys yg comel dan kacak...
Sorry yana lambat update entry yg buat korg tertanya-tanya semalam ea..
Korg tau x entry yg mana??
Alaa..yang ade surprise tu laa..hehe..
kalau korg tatau ley tgk entry TOMORROW SO SPECIAL ea..
Entry yana semalam simple mimple jek..
Oke2...kita kembali kpd tanda tanya yang tidak terjawab semalam ea..
Yana tau msti korg tertunggu-tunggu n nak tau sgt apa yang istimewa tu kan..
ekekeke...
(ade ke owg nak tau)
tapi yana nak btau jugak.. (=
For your information guys...arini istimewa sangat bagi seorang insan nie..
siapakah dia?? nanti yana btau k..
kite cite2 dulu yea kawan-kawan...
Alhamdulillah,hari nie hari yang bermakna bagi mama dan ayahnya kerana mereka mempunyai seorang permata yang dapat menceriakan hati dan hidup mereka..
Dia adalah cahaya mata yang menjadi harapan ibu bapanya..
Alhamdulillah,hari nie dia masih dapat menyambut ulang tahun kelahirannya bersama keluarga yang tercinta..
Syukur kepada Ilahi kerana memberi beliau kesempatan untuk bernafas dan melayari bahtera kehidupan yang fana ini setelah mengharungi pelbagai cabaran,ujian dan dugaan dalam hidupnya..
Dia seorang yang kuat ,tabah dan tidak pernah mengenal erti kekalahan..
Dia sentiasa berusaha untuk menggapai sebuah kejayaan..
Hari nie hari kelahiran abang angkat yana..
Abang...adek tak pernah lupa tarikh hari lahir abang...adek sentiasa ingat tarikh nie
 ==> 10 November <==
tapi adek sengaja nak wish lambat sebab adek tau ramai orang yang akan wish kat abang siang tadi..
adek nak jadi orang yang terakhir wish kat abang..
bole kan???
adek ta kisah kalau tak jadi orang yang pertama tapi adek nak jadi orang yang terakhir wish birthday abang.. \^_^/
Oke lah yana nak kasi ucapan cket kat abang angkat kesayangan yana nie..
# Adek doakan smga abg pnjg umo n murah rezeki selalu..
# Semoga abg berjaya dlm hidup di dunia dan di akhirat..
# Semoga abg berjaya mengejar cita-cita abg..kalau amek kejuruteraan elektrik bole jadi jurutera kan?? mesti best an dapat keje yg menjamin masa depan..
# All the best in your life..
# Gud luck in your study!! Aja-aja fighting!! (6_6)v
# Smga abg menjadi seorang insan dan anak yang soleh..
# Hadiah?? ade..tp adek tatau na kasi cmne..so adek simpan dulu..
# Abg nak tau abg adalah hadiah istimewa utk mama n ayah abg pada hari nie dan selamanya..mereka sentiasa bersama-sama abg ketika suka dan duka..
#semoga bahagia bersama insan-insan dan keluarga tersayang..
# Adek minta maaf ye sbb wat abg mara aritu.. ^^
# Last but not least, adek doakan semoga abg cepat sembuh...jgn lupa mam ubat 6t baru cepat baek luka tu..
^_^

hehee...ape la yana nie tetibe jd cmni lak msa wish,..ase sebak cket..ngee..

MaY tHIs WoNdErfUL dAy BrInG S ThoUSANDS OF hEPINESS to u n YoUr FaMily.. 

With Love,
adek..

To Abg Fikri ^_6

Wednesday, November 09, 2011

TOMORROW SO SPECIAL.. =)



Assalamualaikum...
Salam 1 Blogger..
Hye si comel n si kacak..
hehehe...
Korang semua sihat??
Watcha!!
Now,yana kembali dengan update entry dgn soalan tanda tanya..
Hikhikhik...
TOMORROW SO SPECIAL??
Korg nak tau hari ape sok??
Jeng..jeng..jeng Surprise!!
Hee..kalo korg nak tau tggu entry berikutnya hari esok taw..



Saturday, November 05, 2011

MaDu




Assalamualaikum...
Salam 1 Blogger semua.. ^_^

Hari nie yana ase nak coret sal khasiat pemakanan lak..hehe
Now,yana nak btaw pasal Khasiat Madu Lebah lak..
weee ^_^


Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga .
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga.
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh.
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh. mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel.
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah.
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan .
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin.
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka.
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus.


Korang taw x??
Sejak dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin
 ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
- Asma
- Alahan
- Barah
- Buasir
- Batuk kering
- Batuk
- Darah Tinggi
- Gastrik
- Haid
- Jerawat
- Letih
- Lendir kahak
- Lemah jantung
- Mata
- Pening
- Penyeri muka
- Resdung
- Rambut gugur
- Sakit kepala
- Sakit pinggang
- Sakit sendi
- Sukar tidur

# dipetik dari artikel kat intenet..lupe lak tajuk..hehehe

The Superb of Green Apple... (=


Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia dan 1 Blogger ku ucapkan kepada pembaca-pembaca setia...
Hari nie yana nak cite pasal buah epal la pulak...asyik2 cite pasal life je an...so,setelah di fikir masak-masak smpi hangus kuali yana nak beralih arah kepada pengambilan makanan yang sihat...hehehe...cam pelik je bunyi ayat nih..hahaha..oke je kot..


Nak tnya korang ni...tolong jawab yea kawan-kawan...ke ade yg sukarela nak tlg jawabkan??meh sini..haha..soalannya mana Cik Yana oiii....cepat2 nak jawab nih...eh,soalan xde ag erk??haa..soalan nye ialah Korang ni penggemar epal hijau tak?? ni haa solan dia..hambek kau..kalo ade tu bagus la..sebab epal hijau ni banyak khasiatnya...korang nak tau ape?? Jom kita explore !!!!! Seraaannnnngggggggg!!!!!! kuikuikui... ^_6

Antara kelebihan buah epal hijau yg MALATOP ia lah === >


1- Membantu mencegah terbinanya kolestrol dalam salur dinding darah. Baguskan lagipun blood clot ni  bahaya n boleh mendatangkan rencaman penyakit.

2- Membantu mengekalkan berat badan. PEWITTTT!!!!! memang terbaiklah ni kan.

3- Mengurangkan tekanan penyakit asma. Elok amalkan bagi yang ada asma.

4- Nowadays, penyakit BARAH telah menjadi pembunuh nombor 2 di Malaysia.. barah apa erk? huhuhu. So, epal hijau dapat mengurangkan risiko penyakit barah. POWER tak!

5- You all tahu tak Vitamin bawah kulit epal mampu mencantikkan kulit. WOW!, makanlah epal dengan kulitnya sekali !!

6- Membantu bersihkan saluran usus n pembuangan toksin dengan pantas dan efisyen menerusi sistem pencernaan. 
7-Mengurangkan risiko penyakit jantung.

8- Membantu kesihatan membran paru-paru.

9- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

10- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

11- Membantu masalah SEMBELIT dengan mengisar epal hijau bersama saleri dan minum every morning.

Bagus kita minum jus pagi-pagi..

\^_^/
||
/\

p/s : to abg fikri => mama ada asma kan..abg btaw la mama suh mam epal ijau nie..
ley kurangkan tekanan penyakit asma... =)


Friday, November 04, 2011

~~ AkU BaGaIkAn TiDaK peRcAyA .~~



Assalamualaikum...
Hai,si comel dan si kacak... :)
Apa yang tak pasti eak???
Aku tak pasti betul ke berita yang baru aku terima pagi kemarin..
Ada orang btau aku dengan menggunakan fb abg angkat aku yang abg aku kemalangan pagi kemarin..
dan kini dia berada di icu??
Ya Allah!!! Betulkah apa yang aku dengar nie...
Abg...adek nak tgk abang...
abg cepat-cepat sedar tau...
adek isau sgt kat abang...
Mcm mna abg bole jadi camni...
Kan adek ade pesan dulu kalau drive jangan laju-laju..
adek sebak bila dapat tau berita tu..
mula-mula adek tak percaya tapi...
bila adek sedar abang tak on9 mcm selalu..
ia menguatkan lagi bukti yang abang betul-betul kemalangan...
Abang...jangan tinggalkan adek..
Kita dah janji kan... :'(

Mama,abah dan adik-adik abang yang lain sume isaukan abang tau..
Abang...adek nak datang jumpa abang...InsyaAllah..
Abang tunggu adek tau..

I love my brother very much.. :')
Mencoret-coret dlm keadaan yang sebak di dada..


MENCARI SESUATU YANG PASTI

*ciptaan yg indah sangat cantik&unik =) *

Assalamualaikum...
Salam 1 Blogger semua..
Hye guys!!
Hope korg sume sihat la yea..
^_^

Alhamdulillah...berjumpa lagi kita pada hari ini kan??
Mesti korang nak tau kan apa yang yana nak tanya nie??
Hehehe..
Now,yana sedang mencari-cari sesuatu yang pasti akan terungkap apabila kita berusaha untuk mengetahuinya..
Macam ilmu..mesti kita cari gali sebanyak yang mungkin kan untuk menambah ilmu di dada..
Yana mencari sebuah kebenaran yang pasti..
Yana tak tau samada perkara yang yana pernah dengar itu benar atau yana salah dengar..
Sebab tu lah yana akan bertanya untuk memastikan kesahihan itu..
Jika yana salah yana akan minta maaf tapi jika ia benar yana akan jadikan ia sebagai sebuah pengajaran dan panduan dalam hidup yang fana dan berliku ini..
Maklumlah kita ni manusia biasa yang tak akan pernah lari dari kesilapan kan..??

Dalam pencarian ini yana akan cuba untuk mencari kebenaran itu sehingga yana puas hati dan lega..
Jika saya tidak mencari apa yang saya inginkan tu sudah pasti saya akan menemui jalan buntu dan akibatnya persoalan itu akan sentiasa bermain teka-teki dan meninggalkan tanda tanya di hati saya..
Jika tiada tempat lain lagi untuk kita mencari kebenaran itu..berdoalah dan pintalah kepada Allah supaya Dia menunjukkan kebenaran itu kepada kita..

Yana yakin kebenaran itu pasti ada..
Disebalik semua kejadian yang terjadi pasti ada hikmahnya..
Kita perlulah menerimanya dengan hati yang terbuka,redha dan ikhlas walaupun menyakitkan..
Sebab kita tidak akan mendapat apa-apa jika kita marah atau sakit hati kerana dalam tidak sedar kita hanya menyakiti diri dan perasaan kita sendiri..

Oleh itu,kita perlulah mencari ketenangan dalam menangini sesuatu masalah yang di hadapi..

Di sini saya ingin bertanya kepada pembaca budiman...
Salah ke kita bertanya untuk mendapatkan kebenaran??






Hatiku tertanya-tanya dimanakah serta bilakah kebenaran itu akan ku temui??
Maafkan aku jika aku telah melakukan kesalahan dan melukai hati kalian.. (monolog diri sendiri)




p/s : Fikirkanlah kenapa Allah selalu memberikan orang yang salah kepada kita?? sebab Dia ingin menguji sejauh mana ketabahan,kesabaran dan kecekalan kita dalam menjalani ujian hidup yang penuh pancaroba ini..

~~PeAcE nO wAr!! wee~~

\^_^/
||
/\

Maceh sudi baca... =^_^=