Sunday, July 31, 2011

X Baek Cakap Macam Tue.. =)

Assalamualaikum...
Kat sini yana nak share ngn korang janganlah kita bercakap benda yang tidak manis kepada seseorang walaupun dia kawan or kawan baek kita...

Kat sini yana nak tunjuk satu situasi kat korang...


Korang nampak tak ape tulisan dalam bulatan merah tue??
kalo nak jelas ag meh yana salain balik...
dak tue kata 
"YOU SOLAT PUN TAK PERNAH CUKUPKAN???"

Kita tak sepatutnya bercakap macam tue kat kawan kita..
Kita sebagai umat Islam perlulah menjaga adab berkawan..
Memang rase macam nak marah tapi muhasabah diri kita..
Tanya diri kita semula adakah kita sendiri sudah cukup amal ibadah untuk berkata sedemikian..
Muhsabah diri anda..
Saya rasa geram apabila ada orang berkata begitu kepada sahabat saya..
Tapi kita perlu sabar menghadapi orang yang sedemikian..

Nota Pena :
 Lebih Baik Berdiam Diri Daripada Berkata Benda Yang Tidak Elok Kerana Lidah Itu Sungguh Tajam..

Elakkan Pergaduhan ... =)

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger... =)


Elakkan perbalahan. 
Berpuasa sebenarnya
mendidik hati kita untuk lebih tenang dan
banyak bersabar. Jadi jauhkan diri kita
daripada punca-punca yang boleh membawa
kepada perbalahan. Jika ada yang ingin
berperang mulut, katakan saja pada mereka,
"Aku sedang berpuasa".


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..
Semoga Kita Mendapat Barakah ...
Amin..InsyaAllah... (^_^)

Saturday, July 30, 2011

MuHaSAbAh RaMadHaN



Assalamualaikum...
Hari ini jari-jemariku menari-nari lagi untuk melakar sebuah cerita di atas muka blog..
Pejam celik...pejam celik...
Tinggal lagi sehari jea lagi kan untuk sume umat Islam nak menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak nie..

Saya berharap Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam hidup saya dan juga kalian..
Di sini saya ingin memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan terhadap sahabat-sahabatku...Mungkin saya ada terkasar bahasa dan salah bertanya membuatkan korg terasa hati..
Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..Saya juga manusia biasa yang tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan...

Sebelum saya mengundur diri,saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak...


Puasa mengajar kita erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi                                                               Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi



Awalnya Rahmat
Pertengahannya Keampunan
Penutupnya Bebas Dari Neraka..
ITULAH RAMADHAN

p/s : Saya seorang insan khilaf yang sentiasa melakukan kesilapan..Saya mengharapkan kemaafan dari seorang sahabat..Saya tau maaf itu tidak boleh dipaksa kerana ia datangnya dari hati...Maafkan saya yea?? 


Nota Pena :
SEMOGA RAMADHAN KALI INI DAPAT SAYA LALUI DENGAN SEMPURNA..
ANGGAPLAH RAMADHAN TAHUN INI ADALAH RAMADHAN YANG TERAKHIR BAGI KITA..
[^_^]v

Alhamdulillah... =)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana hubungan saya dengan sahabat saya da pulih kembali...
Hebat sungguh kejadian,cabaran dan dugaan di dunia yang fana nie..
Begitulah ujian yang diberikan oleh Sang Khaliq kepada hambanya..
Dia akan menguji hambanya setakat kemampuan yang bisa dihadapi oleh hambanya..

Fatamorgana banyak mengajar kita erti kehidupan..
Cuba korg hayati bait nie..


Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Manusia selalu alpa dengan godaan dunia kan??
Dari situ kita perlulah melepaskan diri kita daripada anasir yang bernama godaan..

Oleh itu,kita kena kuat menghadapi setiap dugaan yang kita tempuhi..
Perjalanan kita masih jauh untuk ke destinasi yang abadi...


Nota Pena : 
Bersabarlah jawapan yang pasti kerana semua yang terjadi ini ada hikmahnya...
[^_^]v


Kalau kita tengok fatamorgana selalu menipu kita kan??
Gambar kat atas nie adalah fatamorgana...kita nampak air tapi itulah yang di namakan 
FATAMORGANA


Aja-aja fighting..!!!

Friday, July 29, 2011

...SiLaTuRaHiM...

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat.. 
Di pagi yang indah ini saya ingin mencoretkan sebuah tinta tentang silaturahim..
Silaturahim yang telah terjalin sudah ditentukan oleh Allah..

Selepas itu kita ditemukan serta mengenali satu sama lain..
Semua ini berlaku kerana kehendakNya..
Jadi peliharalah ikatan ukhwah yang telah terjalin antara kita dengan sahabat,kawan dan keluarga..
Sayangilah mereka kerana Allah..

Di sini saya nak kongsikan apa yang saya dapat dari tazkirah pagi yang disampaikan oleh ustaz tadi..

Memutuskan silaturahim adalah salah satu daripada dosa besar..
Apabila mendengar ustaz cakap macam tue saya tersentap seketika..
Saya rasa sedih sangat dan teringat perkara semalam kerana hubungan saya bersama kawan baek saya hampir musnah..tapi saya akan berusaha menyelamatkan ikatan persahabatan ini...Saya sangat sayangkan setiap ikatan persahabatan yang telah terjalin antara saya dan kawan-kawan... =)
Oleh itu, janganlah sesekali kita memutuskan dan memusnahkan ukhwah yang telah terjalin..

Marilah kita sama-sama bertaubat..dengan mengucapkan Astagfirullah halazim...


Sahabatku,ketahuilah aku amat menyayangimu..tetapi ia tidak akan dapat menandingi sayangku kepada Sang Kekasih...

Ukhwah Fillah Abadan Abada..InsyaAllah..

Nota Pena : Sahabat ibarat mentari yang menyinar.. Maaf itu lebih lazat daripada membalas dendam..

LAYAR KEINSAFAN




Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora



Tuesday, July 26, 2011

DON’T KILL YOUR LIFE..

Assalamualaikum dan salam 1 blogger semua...Hoi..hoi...hoi..wassup..wassup..babe!! (=
Yana nie action jea lebey...hehe...tajuk dalam bahasa inggeris tapi entri nie tetap dalam bahasa melayu ...Utamakan bahasa kebangsaan kita.. ^^
Entri yang Yana nak belanja korang kali nie tentang insan yang bernama lelaki..sebab inti pati dalam nie berkaitan n merujuk kepada boys... ia lebih kepada motivasi kepada orang yang putus cinta...

Selalunya apabila seseorang lelaki tuh putus cinta dorang mesti frust giler kan??kan??sampai ade yang tak bole terima hakikat yang dorang da putus cinta...
Berdasarkan fenomena yang terjadi sekarang kita dapat lihat sesetangah lelaki merasakan seolah-olah hidup mereka sudah berakhir apabila putus cinta. Kehilangan benar-benar membuatkan mereka tidak kuat menghadapinya. Kat sini Yana nak menerbitkan persoalan berkaitan perkara nie kepada kaum Adam...Bayangkan kamu sudah menemui wanita idaman yang sangat sempurna tapi tiba-tiba hubungan yang telah terjalin berakhir. Kalau ini yang kamu hadapi apa yang perlu  dilakukan??

Muhasabah diri....

3 perkara yang perlu di ambil kira dalam menangani situasi ini ialah :

Thursday, July 21, 2011

#1 Spontaneous Thursday




SAYA RASA NAK TOLONG KAWAN SAYA LUQAZ ISI BORANG-BORANG UNTUK KEMASUKAN KE UTM,SKUDAI...SUPAYA CEPAT SIKIT CIAP...LUQAZ!! YANA DATANG NI NAK TOLONG LUQ ISI BORANG!!!...KUIKUIKUI (^_^)V